Template by:
Free Blog Templates

29 March 2011

Siak uzur





Melawat Siak Mesjid Lembah Keluang, Hashim bin Md Said, 69 tahun yang uzur di rumahnya di Pekan Kubu Gajah.

Beliau begitu terharu diatas kunjungan Saya dan mengucapkan Terima Kasih. Pada ketika ini beliau tidak mampu melakukan pekerjaan.

Saya akan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menggurangkan bebanan beliau.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kubu Gajah, Azemi Sabran dan Ketua UMN Cawagan Pekan Kubu Gajah, Cikgu Abu Samah Aliddin serta Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut, Cikgu Osman Ahmad.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kadang2 YMDS perlu juga melawat Tok Imam masjid walaupun mereka tidak sakit. Cuma bertukar2 fikiran tentang apa yang mereka mahukan untuk rancangan 5 tahun akan datang.

Kurangkan melawat ketua kampung dan banyakkan mengunjungi imam2 masjid. Yang baik sekali bersembahyang maghrib dan isa dengan mereka dengan cara bertukar2 kampung tiap2 malam.

YMDS jangan lupa mengingatkan ketua kampung dan ketua cawangan menyediakan blog atau facebook mereka untuk menjawab isu yang dibangkitkan seperti yang terdapat dalam ruang sembang blog YMDS.

Blog Cikgu Abu Samah macam blok warta berita sahaja.

Blog Ketua Kampung En Azemi saya tak tahu di mana tempatnya.

Kawasan bandar di Sarawak mungkin kalah disebabkan twitter, facebook, bloging dan lain2 yang mengumpulkan isu peribadi.

Diharap YMDS mencalonkan calon UMNO yang peribaidanya baik dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kalau mereka pentingkan diri sendiri kita akan lihat situasi di mana bapa mereka akan jadi Ketua, emak mereka jadi ketua wanita dan anak sulung atau sepupu mereka akan jadi ketua pemuda. Begitulah yang terjadi di tempat saya.

Zaman Cik Gu Kassim dulu saya nak pindahkan ke Selama tapi saya lihat trendnya hampir macam nak sama seperti di tempat saya. Sebab itu saya tidak mahu aktif lagi dalam PARTI kerana orang Melayu masih memilih calon berdasarkan ketokohan seperti bapa mereka, bukan keperibadian yang mulia dan rajin bekerja untuk semua.

Sekian.