Template by:
Free Blog Templates

7 March 2011

BN - Tahniah


Tahniah Barisan Nasional (BN) menang 2-0 di Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Negeri Kerdau di Pahang dan Merlimau di Melaka.

Bukan sahaja menang dan berjaya mempertahankan rekod cemerlang BN di kedua-dua kerusi Dewan Negeri (DUN) itu, tetapi peningkatan majoriti daripada Pilihanraya Umum (PU) 2008.

BN memperolehi majoriti 3.643 undi di Merlimau berbanding 2,154 undi pada 2008 manakala di Kerdau majoriti 2011 ialah 2,724 undi berbanding 1615 undi sebelumnya.

Ternyata, pemilihan BN, calon-calon Roslan Ahmad di Merlimau dan Syed Ibrahim Syed Ahmad di Kerdau, dierima majoriti pengundi di kedua-dua DUN berkenaan.

Kemenangan itu juga meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhdap kepimpinan Presiden UMNO dan Pengerusi BN Pusati, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semenjak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Bermula di PRK Parlimen Hulu Selangor, BN terus memacu kemenangan di kesemua PRK termasuk di PRK DUN Tenang di Johor.

Tahniah juga diucapkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkeja keras turun padang di kedua-dua PRK itu dan menepis segala tomah dan propaganda yang dilemparkan oleh Pembangkang.

Tahniah juga diucapkan kepada BN Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir yang mengetuai Jentera Pilihanraya, membantu kempen di DUN Merlimau dan Kerdau.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengarah-Pengarah Pilihanraya BN di Pahang, Datuk Seri Adnan Yakub dan Datuk Seri Mohd Ali Rastam di Melaka diatas kejayaan dan kemenangan cemerlang BN itu..

Apapun kemenangan itu, tidak bermakna Pemimpin dan Ahli BN sudah boleh mendabib dada kerana BN akan menghadapi cabaran yang lebih besar dalam PU ke 13 dan juga Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Kemenangan di Kerdau dan Merlimau itu akan memberi semangat untuk BN berkerja lebih kuat memandangkan rakyat semakin mendekati semula dengan Parti itu untuk membela nasib mereka.

Apa pun Kita amat bersyukur kehadrat Allah S.W.T. diatas kemenangan di Kerdau dan Merlimau itu.

Kepada Pembangkang terimalah keputusan pengundi di Kerdau dan Merlimau itu dengan hati yang terbuka.

Tahniah BN. Tunaikan segala amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat agar Negara ini terus Aman, Maju dan Sejahtera sebagai 1 Malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Salah satu sebab kedua2 DUN ini menang ialah disebabkan calon yang dipilih untuk dipertandingkan.

Saya selalu menasihtkan UMNO supaya memilih calon yang mempunyai kedudukan, status dan kriteria2 yang lain yang dapat menandingi pihak lawan (melebihi daripada calon pembangkang).

Sebagai contoh jika calon pembangkang ialah bekas pelajar sekolah pondok (tok guru) kita mesti calonkan al-hafiz. Kalau pembangkang calonkan orang ada sarjana (MA) kita calonkan PHD. Kalau calon Datuk (politik) kita calonkan Tan Sri (politik). Kalau Datuk (business) kita mesti calonkan Tan Sri (business). Kalau Datuk (JPA) kita mesti calonkan Tan Sri (JPA).

Kalau pembangkang calonkan orang tempatan kita mesti calonkan orang tempatan yang ada rumahnya dan semua bil2 beralamat di tempat ia bermastutin (dikampungnya sendiri) dan emak2nya sekali di situ.

Kelemahan kita ialah kita tidak membahagi2kan kuasa dan kekayaan. asyik orang yang sama dapat habuan.

Di Sarawak sebagai contoh ramai orang muda yang tidak puas hati. Isu ini pernah dibangkitkan YB Lim di Sibu. DAP akan terus memperjuangkan isu ini disemua bandar di Sarawak.

Sebagai contoh jika ketua bahagian dapat saham perlulah kita calonkanlah orang lain untuk jadi wakil rakyat asalkan beliau dapat menandingi pihak lawan. Kalau ketua bahagaian sudah mendapat tender besar (atas nama isteri atau menantu) berikanlah orang lain untuk menjadi wakil rakyat kecuali beliau dapat menandingi pihak lawan.

Sekarang tiba masanya kita tak boleh pilih mengikut kedudukan dalam parti. Inilah strategi yang dibuat PAS di tempat kita dan juga PKR di tempat2 lain. Dalam PKR ramai yang marah diebabkan kriteria pemilihan untuk menang tidak dijelaskan kepada ketua dan orang kanannya (timbalan) tentang kriteria tersebut.

Lagi pun kalau kita pilih orang kuat berpolitik, pembangunan ekonomi akan diabaikan. Yang tidak kuat politik ialah ahli biasa sahaja, bukannya pangkat AJK ke atas. Kalau kita pilih orang kuat berpolitik tempat kita tidak akan maju kecuali ahli politik tersebut mempunyai POWER atau pempunyai kedudukan seperti EXCO, MB dan PM atau menteri kewangan.

Sekian unuk makluman YMDS. Persoalanya adakah kita mementingkan politik lebih daripada pembangunan atau sebaliknya.

Anonymous said...

YMDS,

Kita janganlah siok sendiri kerana tempat yang menang ialah FELDA, Johor dan Melaka.

Tempat2 ini memang menjadi fixed-deposit UMNO. Yang kita takutkan tempat 12 kawasan (macam panas) di Perak terutama sekali Kubu Gajah.

Saya ingat tempat macam Alor Pongsu akan bungkus kerana intercange Alor Pongsu pun tak nampak bayang dan Lapangan Terbang Briah pun melepas.

Mercu tanda pembangunan kawasan ADUN Kubu Gajah hanyalah kilang kelapa sawit Sungai Dendang. Lebuhraya Jelapang- Kulim dan Kolej RISDA belum pun nampak bayangnya lagi.

Teruskan untuk memperjuangkan perkara di atas supaya dapat dimulakan pembangunannya sebelum PRU 13.

Saya lihat YMDS selalu juga ke KL. Kalau YMDS ke jalan Ipoh cuba pantau kemajuan lebuhraya Jelapang-Selama di pejabatnya di Jalan Ipoh. Orang UMNO pun ada di situ. Kalau saya pergi mereka kurang layang kerana tak ada status.

Begitu juga dengan pejabatnya yang ada di Kulim.

Kalau kita pergi ke bank yang hendak meminjamkan projek ini mereka katakan mereka tak tahu menahu pun tentang projek ini.

Cadangan saya PERAK tak perlu belanja banyak di tempat yang selesa (yang sudah tentu menang dalam PR13). Sepatutnya kawasan seprti ADUN Pangkor tak perlu habiskan wang untuk pilihan raya. Yang perlu ialah tempat seperti Kubu Gajah.

Kerajaan Perak harus mengutamakan pembangunan dikawasan yang tidak selamat dalam pilihan raya kalau strategi politik Perak hendak berjaya. Tinggalkan pembangunan di kawasan yang telah menjadi fixed-deposit sebelum PR 13 buat sementara untuk mendapatkan kepercayaaan rakyat.

Kesimpulanya yang penting kita mesti kotakan apa yang kita telah rancangkan. Gengam bara apilah maksud saya.

Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS....
naya orang batu kurau kalau BN merintah lagi...jenuh naik brek sapu.. sapai tahun 2020 pon dok naik brek sapu...
Tengok kerajaan Penang bagi bas free untuk rakyat.

kawasan perusahaan kamunting apa sudah jadi, kewujudan nya sama dengan mak mandin pulau pinang. Dulu menteri MITI org Perak... apa dia buat...tengok negeri pakatan Pelabur masuk melebih negeri BN.

Yang umno tahu ialah balak... dapat balak bagi tawkey cina... tawkey cina tebang habis rosak punca air orang kampung... orang MELAYU kampung minum air tanah merah.. lepas itu jerit terpekik kununnya melayu sedang di halau... kami pembela melayu.. ketuanan melayu.. tebang balak bagi org melayu minum air tanah merah

Anonymous said...

DS,

Tahniah kepada BN atas kemenangan besar di PRK Kerdau & Merlimau. Semoga kejayaan ini merupakan petunjuk kepada kemenangan besar BN dalam PRU 13 nanti.

Syabas DS kerana memperjuangkan kemajuan setempat. Saya ada terbaca usaha DS untuk membina kolej Risda di kawasan ini dan perjuangan DS untuk kekalkan stesen keretapi Pondok Tanjung amatlah disanjung tinggi dan dihargai.

Semoga DS beroleh kemenangan besar dalam PRU 13 nanti dan jangan gentar dengan komen2 yang negatif dan tidak membina.

Hidup YB..hidup DS.

agi idup agi ngelaban..

fr anak jati Pondok Tanjung

Anonymous said...

YMDS,

Dalam perhatian saya orang lama akan mengundi parti lama.

Tapi orang muda akan mengundi isu semasa dan siapa yang akan jadi calon. Mereka tidak peduli sangat tentang parti.

KPI YMDS agak baik. Yang penting ialah untuk membetulkan isu setempat. Kalau YMDS dapat menepis tomahan yang berkaitan dengan isu setempat sudah tentu YMDS amat disegani di tempat kita.

Isunya sudah banyak dibayangkan dalam blog YMDS.

Saya minta YMDS baca juga blog PAS, DAP dan blog Hindraf untuk isu yang berkaitan.

Mereka ini (DAP, PAS, Hindraf) manusia biasa. Jika YMDS jawab masalah mereka dengan data yang kokoh sudah tentu YMDS berjaya.

Lihat baru2 ini mereka bincangkan soalan kemiskinan kaum India di estate AUNN Kubu Gajah (di markas PAS) sebab itu saya mohon YMDS minta Tuan Estate membantu mereka kerana harga sawit naik $730 setan. Jadi tak payahlah lagi kerajaan membantu mereka. Begitu juga di FELCRA dan FELDA.

Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Saya mencadangkan jika BN hendak menang di PRU 13, BN hendaklah membangunankan kawasan bandar dengan pembinaan rumah murah sahaja supaya kita boleh menempatkan 61% penghuninya orang Melayu.

Dalam pemerhatian saya MIC dan MCA hanya boleh menang jika orang Melayu membantu mereka.

Kita tidak boleh lagi berpegang kepada 30% ekuiti kerana penduduk Melayu sudah melebihi 30%.

Apa yang BN takutkan Berjasa akan sampai ke kampung2 kerana perjuangan mereka ialah 61% bukan lagi 30%.

MIC selalu mengatakan mereka adalah party yang paling kuat di Malaysia kerana merekalah yang menentukan kemenangan Barisan.

Berjasa pula mengatakan MIC menang kerana sokongan orang Melayu. Sepatutnya Hindraf berterima kasih kerana wakil rakyat India melebihi kuota penduduk kaum India. Adakah orang India hendak memperjuangkan jawatan JPA dan masuk universiti sahaja dengan hanya mahukan seorang wakil rakyat sehaja (yang berada di Buntung)?

Jika orang Melayu dipindahkan ke bandar sudah tentu MCA dan MIC akan menang.

Di tempat kawasan Melayu pula saya mencadangkan UMNO Perak hendaklah meranking kawasan ADUN di mana, di tempat kawasan yang menang tipis seperti di Kubu Gajah hendaklah di ranking nombor satu dan seterusnya.

Pembangunan juga hendaklah diutamakan mengikut ranking keputusan pilihanraya yang lalu. Bukan lagi mengikut KUASA heavy weight. Macam survival of the featus. Tempat yang paling maju ialah tempat mereka yang ada POWER. Singa yang paling kuat dalam law of the jungle. Jadi dialah yang banyak dapat makanan dan dapat banyak bini.

Hentikan dahulu untuk memajukan tempat yang menjadi fixed-deposit bagi UMNO kalau barisan hendak menang.

UMNO hendaklah membangunkan kawasan ADUN yang 'merbahaya' terlebih dahulu daripada kawasan yang sudah selesa (dalam tangan) jika barisan hendak menyapu bersih di PRU 13.

Diharap YMDS dapat membincangkan isu yang saya bangkitkan ini dengan MB kita. Kalau blognya ada sudah tentu kami boleh membuat cadangan ini. Dulu blog beliau memang terbuka tapi banyak maklumat ialah seperti hendak mengampu MB. Sepatutnya kita beri cadangan untuk memajukan PERAK bukan untuk mengampu. Kalau nak mengampu berikanlah cenderamata semasa hari lahir beliau sudahlah.. Janganlah kedekut sangat harga getah dan sawit pun sudah naik.

Terima kasih.