Template by:
Free Blog Templates

30 March 2011

PIBG






Kenapa harus menyalahkan Kerajaan, jika ada Pelajar yang gagal mencapai kejayaan, sebaliknya apa kah mereka sedar tanggungjawab yang harus mereka berikan terhadap pelajaran anak mereka sendiri.

Justeru, Ibubapa harus mengambil tahu perihal anak-anak mereka samada di Sekolah mahupun selepas mereka pulang.

Ibuabapa atau Penajga tidak boleh melepaskan tangan dengan menyerahkan bulat-bulat hal pelajaran anak mereka kepada pengurusan Sekolah tanpa mereka sendiri mengambil tahu kegiatan anak-anak mereka.

Lebih membimbangkan lagi jika ada anak-anak mereka yang mengambil sikap tuang sekolah kerana sikap tidak mengambil berat Ibubapa berkenaan.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.

Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti kemudahan bangunan Sekolah yang lebih selesa.

Begitupun, untuk menentukan kejayaan pelajaran anak-anak mereka peranan Ibubapa danPenjaga itu sendiri amatlah penting dan tidak menyerahkan segala-galanya kepada Pengurusan Sekolah.

Saya juga berharap agar Ibubapa mengikis sikap menganggap bahawa pendidikan di Sekolah luarbandar tidak mendatangkan jaminan kepada masa depan anak-anak mereka jika dibandingkan dengan Sekolah di Bandar.

Sesungguhnya, bilangan pelajar dari Luarbandar ke Pusat Pengajian Tinggi semakin bertambah ramainya sejak kebelakangan ini.

0 comments: