Template by:
Free Blog Templates

15 March 2011

Peneroka sakit





Melawat isteri, Mat Saman bin Yacob, seorang Peneroka di peringkat 3, FELDA,Ijok yang sedang uzur.

Siti Rohana binti Abu Shaari,44 tahun sedang mengelami sakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan setiap minggu.

Mat Samanm49 tahun begitu terharu diatas kedatangan Saya bersama Ketua Kampung FELDA,Ijok, Haji Shukur haji Jaman.

Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Taiping dapat membantu menggurangkan bebanan kos perubatan keluarga berkenaan.

Pasangan itu tinggal menumpang di tanah Ibu mereka bersama anak-anak yang masih kecil.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

UMNO ADUN Kubu Gajah hendaklah kreatif dengan mengadakan biro mengikut mengikut kehendak setempat.

Kehendak LMS ialah seperti biro yang berkaitan dengan kemiskinan, kesihatan, OKU, kenduri kendara (kemasyarakata) dan semua yang berkaitan dengan apa YMDS telah jalankan.

Biro yang lebih spesifik mengikut kehendak sasaran yang perlu disediakan.

Kalau YMDS mengadakan biro yang lebih menjurus dengan kehendak YMDS dan sasaran sudah tentu semua jawatankuasanya akan bergerak secara berpasukan dan boleh berpecah ke 14 kampung.

Lagi satu saya masih mengharapkan YMDS berkerja kuat dalam kawasan ADUN Kubu Gajag kerana UMNO LMS sudah dalam tangan. Kalau YMDS kerja kuat untuk bahagian saya takut YMDS tidak boleh menang dalam pilihan raya yang akan datang.

Munkin strategi saya ini tidak berapa menarik. Tapi begitulah kehendak kami yang ada dalam kawasan ADUN Kubu Gajah.

Ketua Bahagian sudah dalam tangan YMDS tapi untuk menjadi ADUN Kubu Gajah masih belum tentu lagi

Tumpukan masa YMDS banyak di 14 kampung di ADUN Kubu Gajah daripada semua kampung di LMS jika YMDS hendak menang.

YMDS perlu pergi dari kampung ke kampung. Jangan tunggu jemputan kerana yang menjemput YMDS ialah mereka yang sudah dalam tangan.

Sekian