10 March 2011
Petronas
Rakyat Malaysia harus bersyukur dan berbangga kerana tinggal di sebuah Negara yang Stabil, Aman dan Sejahtera.
Suasana ini amat dicemburi oleh rakyat Negara lain. Juteru adalah tidak adil bagi mana-mana pihak yang berkempen memburuk-burukan nama baik Malaysia di Mata Dunia.
Ramai Pembatu Rumah dari Negara Jiran bimbang untuk bekerja di Negara malaysia ekoran kempen memburukan nama Negara.
Saya berharap keadaan yang tidak betul ini dapat segera diperjelaskan melalui penerangna menggunakan media dan saluran-saluran tertentu agar rakyat Negara jiran tidak dikelirukan dengan keadaan yang sebenar.
Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Program Pendidikan dan Khidmat Sosial PPKS- 1 anjuran bersama Desa Siswa 4, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Petronita serta JKKK Kampung Batu 20, pagi tadi yang disertai oleh seramai 20 orang Pelajar, kebanyakannya dari Luar Negara.
Amat menyedihkan jika kempen memburukan itu didalanggi oleh rakyat Negara ini sendiri. Justeru adalah diharapkan perkara ini tidak berpenjangan.
Ramai rakyat tempatan mengeluh kerana kegagalan mendapatkan Pembantu Rumah dari Negara jiran yang merasa bimbang untuk bekerja di Negara ini.
Saya juga berharap program itu bukan sahaja dapat menggeratkan silaturahim di antara Malaysia dengan Negara-Negara asing, tetapi juga diharapkan agar rakyat asing melihat sendiri keadaan hidup Masyarakat pe;nagai kaum di Negara ini yang tinggal dalam keadaan Sejahtera.
Sekalipun Malaysia sebuah Negara Islam, tetapi ia samasekali tidak menjejaskan kebebasan rakyatnya mengamalkan Adat resam dan Budaya masing-masing.
Rakayt Negara ini mampu maju dan melangkah jauh ke hadapan jika mereka juga bersedia berhirah dari keadaan dan suasana fikiran yang sempit kepada pencapaian yang lebih maksima dan bersedia bersaing.
Turut hadir Pegawai Pengurus Pelajar Antarabangsa UTP, Saiful Nizam bin Abu Zarim, Penghulu Mukim Batu Kurau, Tajuddin Ismail, Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Fauzi Kassim, Ketua Kampung Batu 20, Haji Mohd Isa bin Harun dan Ketua Kampung Padang Das, Musa bin Ibrahim.
Pelbagai aktiviti telah diatur untuk Pelajar-Pelajar tersebut selama empat hari mereka tinggal bersama keluarga angkat mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Semankin ramai orang memburukkan Malaysia disebabkan kerajaan tidak menerangkan asal usul Melayu kepada mereka.
Yang kedua pihak yang memburukkan Malaysia mengatakan kerajaan berat sebelah kerana menolong Melayu.
Kerajaan tidak mamasukkan dalam TV statistik per kapita antara kaum, indeks Ginni Koefisien bagi tiap2 kaum dan kerajaan gagal untuk mendapatkan maklumat tentang harta orang Malaysia di Luar Negara kerana pakar sosiologi kita asyik memperjuangkan EQUALITY tetapi tidak menerangkan langsung tentang EQUITY.
Sepatutnya menteri penerangan kita hendaklah menerangkan kepada dunia siapa yang paling kaya di Malaysia, Per capita antara kaum dan harta milik orang Malaysia di luar negara dan indeks Ginni koefisien bagi tiap2 kaum.
Memanglah susah hendak mendapatkan statistik wang yang disimpan di luar negara.
Mungkin indidividu seperti Prof Lim Tek Ghee boleh dibayar untuk menjalankan penyilidikan ini kerana beliau selalu membuat kajian berat sebelah tanpa membut kajian secara holistik (bukan memerhati dari varibel tertentu sahaja)
Kita menarik balik bintang kebesaran tapi tidak menarik balik pangkat profesor jika seseorang profesor membuat kesimpulan tidak seperti data holistik yang diperolehinya.
Lagi satu asal usul Melayu. Mereka ingat Melayu datang dari Indonesia. Mereka tidak tahu Melayu memang sudah ada di Gugusan Pulau2 Melayu dan perkataan Indonesia tidak pernah ujud semasa saya belajar sejarah lama nusantara.
Negeri Melayu sudah di iktaraf Sejarah Indonesia dari Bergadi hingga ke Riau Singaporu dan Palembang.
Barangkali Presiden Berjasa yang layak menerangkan perkara ini kepada dunia. Kita mesti bentangkan perkara ini dalam Bahasa Rusia terlebih dahulu kerana negara seperti Rusia lebih mengitiraf gugusan pulau2 Melayu dan termasuklah negeri2 seperti Cina dan Belanda.
Mengikut sejarah Belanda ada sembilan Kingdom of the Malays in East Sumatra hingga ke Riau Singapore.
Saya mintalah menteri penerangan menerangkan kepada dunia tentang asal usul Melayu dan tentang EQUITY yang dipandang dari sudut holistik bukan hanya melihat dari sudut variabel tertentu seperti jawatan di JPA dll. Tapi perlulah juga melihat peratus CEO Melayu dalam syarikat. Saya lebih suka jadi CEO Genting atau syarikat Kobay daripada Pengarah pelajaran negeri Perak. Apalah yang ada pada pengarah pendidikan Perak jika dibandingkan dengan CEO syarikat yang well-established.
Nampaknya orang Berjasa lebih memahami maksud saya dari orang UMNO atau PAS.
Teriama kasih.
YMDS,
Bila dekat pilihan raya kita selalu sembang tentang projek besar, bukan lagi 'chicken feed' kata orang putih.
Jika sesuatu projek itu lambat dilaksanakan mungkin orang yang mengerjakannya tidak ada pengelaman.
Mungkin juga kaki tangan yang bekerja diwakili oleh kroni2 pihak atasan sahaja. Kita perlu ada kaki tangan yang boleh 'check and balance'
Saya pernah bekerja di projek IDRC (Canada). Ia bergerak perlahan kerana kakitangannya terdiri dari kroni dan nepotis pengarahnya sahaja.
YMDS adalah pengurusi PAC. Cuba siasat IDR, sama ada kakitangannya juga begitu.
IDR telah merancang lebuhraya Jelapang-Selama tapi hingga sekarang belum dimulakan lagi.
Kita sedia maklum, IDR berkerja dalam 3 tahap. Bukan sahaja merancang tapi menentukan apa yang dirancang mengikut jadual. Adakah IDR mempunyai time-line?
Kalau tiada, kemunkinan lebuhraya tersebut tidak akan dimulakan sebelum pilihanraya.
IDR ada dua projek lagi, keretapi Lumut ke Ipoh dan jalan merentasi selatan Perak dalam perancangannya. Kita takut banyak dalam rancangan sahaja.
CEOnya ialah seorang yang mendapat pencapaian cemerlang di dunia dalam peperiksaan tahun 3 CIMA takkanlah boleh berbuat sesuatu tentang hal ini.
Sekian. Terima kasih
Post a Comment