31 March 2011
Masyarakat
Bertemu rakyat tidak kira di mana sahaja asalkan ia dapat membantu menyelesaikan masalah mereka tanpa mengira kaum.
Justeru, Saya berharap dalam pendekatan yang dibuat itu banyak masalah dapat diselesaikan tidak kira di mana juga mereka berada.
Petang tadi, sebelum Saya menghadiri peresmian satu majlis, terdapat penduduk di DUN Kubu Gajah yang datang untuk mendapatkan bantuan berhubung masalah mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya lihat kerja YMDS masih bertindih kerana masyarakat di kawasan ADUN Kubu Gajah tidak tahu siapa yang perlu mereka jumpa untuk bantuan.
Kalau parit rosak cuba tanya mereka siapa yang mereka harus jumpa. Kalau tak ada duit siapa yang harus mereka jumpa.
Sepatutnya YMDS mestilah lebih kuat bekerja untuk pembentukan dasar dan undang2.
Misalnya mangkin ramai pencuri buah kelapa sawit. 'Undang' atau peraturan apa yang kita mesti buat. Adakah 'askar kampung kita/rela' perlu diberi elaun semasa meronda antara pukul 11.00 malam hingga 3.00 malam, iaitu waktu pencuri kabel memperoses kabel mereka dari Sungai Malau hingga ke Simpang Lembah Keluang.
Mereka juga mencuri waktu sembahyang Jumaat. Adakah kerajaan Perak dapat membantu Rela kaum India meronda semasa orang Islam sembahyang Jumaat, hanya elaun untuk 2 jam yang harus dibincangkan dalam dewan April ini bagi kawasan yang banyak pencuri semasa harga buah kelapa sawit naik.
Banyak lagi peraturan am dan setempat hendak dikemaskan.
Begitu juga peranan Ketua Kampung. Ketua Kampung kita masih tidak kreatif.
Mereka hanya muncul jika YMDS muncul di kampung-kampung. Mereka tidak kreatif untuk menyediakan jadual atau roster mereka sendiri tanpa YMDS. Kerajaan Perak perlu berikan orientasi membuat roster sendiri kepada mereka tanpa menunggu wakil rakyat atau penghulu datang ke tempat mereka. Jika penghulu turun padang barulah kita lihat ketua kampung pun turun padang bersama2 mereka.
ADAKAH KPI Ketua Kampung Tidak Jealas?
Sekian.
Post a Comment