29 March 2011
Gotong Royong
Memberi pendidikan adalah pendekatan terbaik mendidik Masyarakat agar bersikap lebih bertanggung jawab daripada tindakan pihak penguatkuasa.
Ini tidak bermakna Undang-Undang dan Peraturan tidak akan dikuatkuasakan keatas mereka yang melanggar perintah dan arahan.
Menjaga kebersihan wajar dititiberat dan diutamakan oleh Masyarakat bagi melindunggi mereka daripada terjebak daripada sebarang wabak yang mendatngkan penyakit.
Membudayakan sikao menjaga kebersihan juga boleh dijadikan semangat memupuk asas berdisplin di kalganan rakyat.
Kekotoran adalah dunia pembawa segala jenis penyakit dan Masyarakat harus berwaspada pada setiap masa.
Saya berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen menjaga Kebersihan dan program bergotong royong anjuran Pusat Kesihatan dan Panel Kesihatan Pusat Kesihatan Redang Panjang, dekat Ijok, pagi tadi.
Undang-Undang semata, bukanlah jalan penyelesaian dalam menentukan kesedaran rakyat menjaga kebersihan, sebaliknya sikap bertanggungjawab itu lebih penitng dipupuk.
Soal menjaga kebersihan juga janganlah diletakan di bahu pihak berkuasa Kesihatan semata-mata, tetapi melibatkan semua pihak terutamanya rakyat itu sendiri.
Semengat bergotong royong ini juga boileh memupuk rasa tanggungjawab dan perpaduan kaum yang lebih erat.
Turut hadir di majlis tersebut termasuk membersih kawasan sekitar Pekan Redang Panjang ialah Penolong Pegawai Keshatan Daerah Larut, Matang dan Selama, Dr Norshima binti Abdul Wahab, Pegawai Kesihatan Pusat Kesihatan Redang Panjang, Dr Wan Ali Imran bin Wan Shahibi, Pengerusi Panel Pusat Kesihatan Redang Panjang, Norazman bin Mokhtar serta Ketua-Ketua Kampung sekitar Mukim Ijok dan pemimpin ngo danmasyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya melihat YMDS juga membuat kerja bersama2 rakyat.
Saya pernah mendengar ceramah Paulo Freire dari universiti Brazil.
Beliau berpendapat kalau kita hendaklah membangunkan desa dengan cepat kita mestilah mengamalkan PATICIPATORY DEVELOPMENT.
Konsepnya adalah seperti berikut:
Rakyat seronok jika pemimpin mereka sama2 bekerja dengan mereka untuk menjayakan sesuatu projek.
Kalau projek tersebut dijadikan SAHAM, pemimpin juga mendapat sahamnya.
Lagi pun rakyat tidak suka pemimpin mendapat saham atau pekerjaan dengan meniaga atas angin sahaja, yakni TANPA USAHA.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment