30 March 2011
PIBG Bagan Bahru
Ibubapa harus sentiasa bermuafakat dalam menentukan kejayaan dan pencapaian anak-anak mereka.
Kearah itu, Persatuan Ibubpa dan Guru (PIBG) dalah forum terbaik bagi berbincang dan mencari jalan menyelesaikan sebarang masalah pelajar.
Janganlah anggap penubuhan PIBG hanya sekadar melepaskan Batu di Tangga dan Ibubapa atau Penjaga tidak perlu hadir.
Saya berkata demikian ketika meresmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu.
Ibubapa juga jangan menyesal jika prestasi anak mereka merosot hanya kerana sikap mereka membelakangkan PIBG.
Mengenai rayuan Pengurusan Sekolah yang telah sekian lama berharap mendapatkan bangunan tambahan, Saya berharap permintaan mereka itu dapat segera dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bagi kemudahan dan masa depan Pelajar Sekolah itu sendiri.
meresmikan mesyuaat agung pibg sek kebangsaan bagan baharu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Dulu Encik Yusup Mat Jin Tebing Tinggi asyik berkelahi dengan sekolah Bagan Baru kerana duriannya jatuh ke perkarangan sekolah.
Sesudah beliau meninggal anak beliau pula mengikut undang2 sendiri hingga sekolh membina pagar.
Natijah yang kita pelajari dari sini ialah agak susah bagi orang Melayu hendak bersatu padu kerana banyak yang pentingkan undang2 sendiri.
Sebagai contoh orang yang membela lembu suruh kita buat pagar. Sepatutnya mengikut peraturan (law) mereka yang membela lembu hendaklah mambina pagar.
Akhir2nya kita berkelahi. Kalau kita orang UMNO mereka masuk PAS disebabkan lembu. Begitu juga sebaliknya. Kemudian mereka memburukkan kita sekampung kerana lembunya hilang di baham tedung selar (tapi mereka tuduh kita yang membunuhnya).
Saya lihat ahli Exco perbandaran Perak menangkap lembu kambing di bandar. Bila lagi vertenier kita nak tangkap haiwan peliharaan di kampung untuk dihantarkan ke Pondok Tanjung supaya Pondok Tanjung menjadi tempat peliharaan yang terbesar di dunia. Kita ada bangunan tertinggi, bila lagi kita nak buat kawasan haiwan peliharaan yang terbesar di dunia. YMDS selalulah mempunyai pandangan jauh bukan setakat melawat orang sakit, OKU, kematian dan yang miskin sahaja.
Saya lihat JKM macam tak ada kerja jika YMDS mengambil tempat mereka untuk menjalankan usaha yang sama di kampung2.
Kerja YMDS bertindeh dan kerajaan rugi memberi dua gaji untuk kerja yang sama. JKM pun diberi gaji. YMDS pun diberikan gaji untuk kerja yang sama. Berbilion ringgit akan dijimatkan kalau kerja kita tidak bertindih. Kalau YMDS buat kerja ADO, apa nak jadi dengan ADO kita. Begitu juga Ketua Kampung.
YMDS hendaklah mencari kerja yang tak sama seperti yang dibuat oleh ketua kampung, penghulu dan ADO.
Untuk pengetahuan YMDS juga orang kuat UMNO dahulu kala pelajar sekolah YMDS mempunyai rumah jalan ke sekolah Bagan Baru
Sekarang ini beliau macam duduk atas pagar. Mungkin kalau anak mereka dapat kerja barulah mereka sokong UMNO.
Yang penting kerajaan hendaklah membantu mereka supaya mereka tidak lagi bergantung dengan kerajaan selama2nya. Ramai wakil rakyat tahu pepatah yang mengatakan kalau nak bantu penangkap ikan berikanlah mereka jala atau enjin sangkut, jangan berikan mereka ikan dan beras.
Bagi OKU berikanlah anak mereka pekerjaan di syarikat di mana YMDS menjadi pengarahnya. Begitu juga bagi mereka yang sakit dan yang susah. Jangan beri beras, gula dan garam. Kalau YMDS buat begini sampai mati pun orang kita hidup dengan subsidi. Bolehkah kita hidup dengan subsidi jika DAP memerintah?
Inilah isu orang Melayu dll di masa akan datang.
Terima kasih
YMDS,
Awal tahun biasanya kita menyiapkan kertas kerja untuk memohon segala2nya.
Kalau permohonan dikemukakan hujung tahun atau dekat pilihan raya semua wang CSRnya akan habis.
Di keliling Kubu Gajah ada 4 estate yang mempunyai jabatan CSRnya yang dapat membantu sekolah dan lain2 kepentingan sosial
Boustead misalnya banyak membantu anak2 sekolah dalam projek PINTARnya.
Empat estate yang terkenal disekitar Kubu Gajah ialah Sime Darby, Boustead, Genting dan Riverview.
YMDS selalu saya jumpa di Ipoh. Apa salahnya YMDS pergi melawat Riverview Estate Perak Darul Riduan di Tanjung Tualang untuk dapat bantuan sosial di kawasan ADUN Kubu Gajah, misalnya untuk membina taman perumahan kos rendah.
Sepatutnya estate2 ini dapat membezakan khidmat sosial dengan KHIDMAT cari untung.
Sebagai contoh Boustead hanya membina rumah untuk keuntungan di Johor dan di Selangor. Begitu juga Sime Darby.
Sepatutnya kerja sosial mereka tidaklah semata2 mencari untung.
Mereka harus membezakan projek perumahan cari untung dengan perumahan untuk perkhidmatan sosial.
Apa salahnya mereka membina taman perumahan di jalan Taiping atau di Ladang Lembah Keluang tanpa mendapat keuntungan sebagai CSR mereka. Maksud saya membina rumah seperti mesra rakyat/PPRT.
Banyak korporat tidak faham CSR. Mereka masih ingat CSR adalah juga sebahagian kerja AMAL untuk mendapat keuntungan.
Begitu juga universiti Nottingham dibina oleh salah satu estate yang saya senaraikan di atas.
Boleh tidak YMDS mencadangkan supaya Sime Darby/Boustead/Genting dekat Kubu Gajah mebina cawangan universiti seperti universiti Nottingham.
Cawangan universiti seperti Harvard, Oxford atau lain2 yang mahu bekerjasama eloklah dibangunkan tetapi yang berasaskan kepentingan Sime Darby/Genting/Boustead misalnya kursus pengurusan ladang dan yang berkaitan perindustrian kelapa sawit bukan macam Nottingham (semata2 CSR).
Dulu salah seorang pengarah Riverview ialah Encik Roslan Hanir.
Genting pula ialah mereka seperti Rusli Ujang, Abdul Jamil Ahmad, Mohd Amin Osman (Pengurusi).
Selalunya dalam senarai nama2 pengarah ada juga orang UMNO. Bila lagi YMDS hendak jumpa mereka. Kalau dekat pilihan raya susahlah sedikit.
Sime Darby memang sudah terkenal, yang mempunyai pengarah (dahulu) seperti Badlishah, Mohd. Bakke bin Salleh dan Azhar Abdul Hamid.
YMDS hendaklah selalu 'bodek' mereka kalau tidak, mereka asyik membangunkan Slangor dan Johor (untuk cari untung bukan CSR).
Kalau YMDS hanya turun padang tetapi tidak NAIK PADANG susahlah sedikit kawasan ADUN KUBU GAJAH membangun.
Saya juga mencadangkan mereka yang akan dicalonkan diPRU13 juga mereka yang berani berjumpa Tan Sri2 (pengurusi) korporat. YMDS latihlah mereka kerana wakil rakyat kita yang dahulu takut hendak memminta bantuan dari mereka untuk pembangunan di Kubu Gajah walaupun dari syarikat GLC.
Nampaknya yang berani hanyalah PM dan TPM sahaja. Nampaknya sahaja, bukun tuduhan.
Post a Comment