Template by:
Free Blog Templates

27 March 2011

Sekolah Jelai terbakar









Ibubapa dan Pengurusan Sekolah Kebangsaan Jelai melahirkan rasa kecewa kerana masih belum mendapat keputusan mengenai bangunan Sekolah yang terbakar hangus pada bulan Puasa yang lalu.

Perkara itu diluahkah kepada Saya ketika mersmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jelai.

Mereka membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan rasa kecewa itu selepas mendapat nasihat daripada Saya.

Masalah pembinaan bangunan baru dua blok Sekolah tersebut akan Saya bawa sekali lagi ke Mesyuart Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama, Isnin ini bagi mendapatkan kepastian mengenai permohonan pengurusan dan PIBG Sekolah tersebut.

Sebelum ini, Jabatan Pendidikan telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi memperbaiki bangunan yang terbakar itu, tetapi dibantah keras oleh PIBG kerana ia tidak membantu mengatasi masalah di sekolah tersebut selepas berlaku kebakaran.

Mereka mahu dua blok bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang terbakar bagi keselesaan Guru dan Pelajar di Sekolah tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Guru Besar, Pengeuri PIBG Mohd Isa Taha dan Ketua Kampung Jelai, Mohamed Ali bin Awang Besar.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kenapa orang Jelai tidak minta ke Dato' Zainuddin kerana saya rasa suara beliau lebih laku di Kementerian Pendidikan. Bila lagi kita hendak minta bantuan dengan ahli parliamen LMS itu. Sepatutnya anak Cikgu Kassim lebih rapat dengan beliau. Ketepikan dulu tentang politik. Yang penting sekolah Jelai.

Terima kasih

Sekian untuk makluman YMDS