Template by:
Free Blog Templates

13 March 2011

Ketua Kampung Meninggal



Menziarahi Jenazah Allahyarham, Ketua Kampung Kampung Jabi, Allahyarham Mohamed bin Hashim atau Pak Ngah Awang, 68 tahun telah kembali ke Rahmatullah, pagi tadi.

Allahyarham yang jug Ketua UMNO Cawangan Kampung Jabi meninggal Dunia di Hospital Taiping selepas dimasukan beberapa minggu yang lalu.

Beliau meninggalkan seorang Isteri dan beberapa orang anak. Jenazahnya telah dikebumikan selepas Zohor di tanah perkuburan di Kampung Jabi.

Allahyarham adalah seorang yang amat mesra dan amat disenanggi oleh penduduk di Kampung Jabi dan aktif dalam kegiatan Kemasyarakatan.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya diletakan disisi Orang-Orang yang solleh.

Alfatihah.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Sampai masanya kerajaan memilih pemimpin yang sihat di peringkat kampung mahu pun di peringkat tinggi, terutama sekali mereka yang berpenyakit kronik seperti kencing mnis, darah tinggi, jantung dll.

Kerajaan rugi banyak asyik mengadakan pilihanraya kerana kita tidak berhati2 memilih pemimpin. Hospital tempatan hendaklah membantu memberi laporan kesihatan bagi mereka yang hendak jadi pemimpin seperti wakil rakyat atau sebrang jenis kepimpinan yang lain.

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Premier Wen Jiabao mahukan pendapatan petani dan luar bandar lebih tinggi lagi daripada pendapatan orang bandar dan businessmen. Pendapatan mereka meningkat 10% dari tahun lepas.

Beliau memntingkan 'sosial justice' dan humanistik development daripada equality.

PM kita selalu ke Cina tak belajarkah dengan beliau untuk meningkatkan pendapatan petani.

Salah satu cadangan saya ialah memperbanyakkan institusi pertanian dan univeriti pertanian dengan bayaran kursus yang diberikan dengan percuma kepada anak petani.

Yang kedua kita mesti menurbanisasi luar bandar, bukan memperbesarkan bandar yang sedia ada.

Yang ketiga galakkan petani mendapatkan pekerja asing dengan tidak membayar semua jenis pembayaran yg ditentukan oleh kerajaan kerana ramai pekerja asing seperti pekerja Indonesia hanya perlukan doktor tradisioanal untuk perubatan. Biarkanlah majikannya membayar perubatannya.

Biarkan mereka yang bukan bertani membayar $12,000 bagi pekerja asing untuk semua jenis pembayaran yang diperlukan.

Sekian. terima kasih