Saya masih berharap sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bermula 5 April ini akan kembali sebagaimana sidang biasa, tanpa perlu rasa bimbang dengan kekacaun yang akan ditimbulkan oleh Pembangkang.
Sebelum Kerajaan Perak jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang, zidang DUN berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan. Orang ramai juga bebas keluar masuk mengikuti sepanjang perjalanan sidang, tidak seperti sekarang peraturan ketat terpaksa dilakukan bagi menggelakan sebarang gangguan yang boleh menjejaskan suasana persidangan.
Rugi rasanya jika semasa sidang DUN berjalan ia dihabiskan hanya dengan pergaduhan yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada mana-mana pihak.
Setelah semua isu yang dipertikaikan oleh Pembangkang dan diputuskan oleh Mahkamah, mereka seharusnya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan sidang DUN sebagai tempat untuk memberikan buah fikiran bagi memperjuangkan nasib rakyat.
Tetapi, tidak sebaliknya ada sahaja yang dicuba dipersoalkan hanya semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sepertimana yang berlaku dalam sidang pembentangan bajet yang lalu.
Justeru, jika sidang kali ini mereka berhasrat memulaukan lagi sidang Dewan hanya kerana mencari alasan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, ia adalah satu perbuatan yang membuang masa.
Kawalan keselamatna tidak bermakna tiadanya kebebasan, sebaliknya peraturan itu hanyalah untuk mempastikan tiada sesuatu yang tidak diinggini berlaku.
Di Parlimenpun, terdapat pemeriksaan ketat di pintu masuk dan keluar bagi menggelakan orang yang tidak berkenaan menggangu perjalanan mesyuarat.
Umpamanya, bagi mempastikan tidak ada Wakil Rakyat membawa senjata api atau barang yang dilarang ke tempat persisdangan.
Jika tidak silap Saya pernah terjadi, Anggota Dewan yang hilang kawalan menunjuk-menunjukan senjata apinya seolah-olah sebagai peringatan kepada Ahli yang lain agar jangan buat hal.
Selepas itu, peraturan dikenalan bagi menggelakan sebarang senjata api atau apa-apa alat yang memboleh mendatangkan bahaya dibenarkan untuk di bawa masuk.
Peristiwa pergaduhan pada ketika hari pembukaan DUN kali pertama Kerajaan Perak jatuh ke tangan BN, masih segar dalam ingatan Saya hingga ke saat ini.
Saya percaya Menteri Besar pasti memberikan masa yang lebih untuk sidang DUN kali ini, jika Pembangkang memberikan kerjasama untuk tidak menimbulkan kekacauan.
Apa salahnya jika semua anggota Dewan tidak kira dari pihak mana, berdebat dengan cara yang waras kerana Kerajaan Negeri juga ingin mendengar kritikan yang bernas daripada pihak Pembangkang bagi membantu membangun dan memajukan rakyat.
Rakyat tidak akan menolak Pembangkang yang sentiasa mahu memberikan pandangan yang positif.
Sidang DUN seperti kebiasaanya akan diresmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Hari berikutnya akan bermula dengan Usul Menjunjung Kasih dan diikuti dengan perbahasan kedua-dua belah Kerajaan dan Pembangkang.
Oleh kerana ada peraturan yang dikenakan dan baranagkali tidak ramai yang berpeluang mengikuti sidang DUN, ada baiknya dibenarkan siaran langsung dibuat melalui Internet oleh mana-mana pihak yang berhajat.
Selamat bersidang.
20 March 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
YMDS,
Saya lihat Dewan Perak asyik berpolitik.
Isu tanah terbiar masih tidak dapat diatasi.
MANA DIA ORANG BIJAKSANA DEWAN?
Sekurang-nya tanah terbiar disebabkan tanah paya dan haiwan perosak sudah pun dapat diatasi.
Tapi habuk pun tak ada YMDS.
Memang orang seperti saya bukannya banyak mempunyai tanah, tapi habis tanam saya dirosakkan haiwan perosak dan haiwan peliharaan.
Memang kalau tanya JKKK (seperti En. Razali) mereka suruh saya tanam kelapa sawit. Kalau satu ekar di sana dan setengah ekar disini dan tiga sukr ekar di situ bagiamana nak tanam kelapa sawit.
Di bandar majlis perbandaran boleh menangkap lembu dan kambing2 ini.
Boleh tidak dalam Dewan YMDS mensyorkan jabatan veriner menangkap haiwan peliharaan yang tidak berpagar/berkeliaran dan letakkan di Pondok Tanjung.
Jika mereka menuntut balik kambing atau lembu mereka, jabatan Vertiner hendaklah menentukan yang mereka telah membina pagar. Kalau tidak haiwan tersebut akan dijaga oleh JV dan mereka hanya boleh menuntut saham daripadanya setelah ditolak wang perkhidmatan dan zakat.
Sekian
YMDS,
Isu nasional yang paling besar sekali ialah memberi peruntukan pembangunan semasa hampir pilihan raya.
Saya mohon jika ada bantuan yang hendak diberikan kepada rakyat di kawasan ADUN Kubu Gajah, berikanlah masa sekarang. Jangan sekali2 berikan dekat pilihan raya. Kerana ia menjadi isu besar.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Saya lihat jika kita banyak sembang politik dalam dewan sudah tentu 'pergaduhan' boleh berlaku.
Tapi kalau kita banyak sembang tentang ekonomi sudah tentu kita tidak bergaduh asalkan peruntukan diberikan kepada sasaran yang sebenar (bull's eye).
Tapi tak ramai sembang tentang ekonomi. Misalnya janji kerajaan hendak membina susur keluar (menanam tebu dibibir mengikut PM) di Alor Pongsu semasa pilihan raya Hulu Selangor masih belum dibina.
Membangunkan pekan Kubu Gajah dan Ijok juga macam menanam tebu dibibir. Pilihanraya hampir tiba tapi ia masih belum kelihatan.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Pembangunan pekan Kubu Gajah memang boleh dilaksanakan jika ada pemimpin kita yang boleh/pandai meminta Sime Darby (atau lain2) bekerjasama membina pekan baru Kubu Gajah jalan ke Taiping atau arah ke Selama.
Saya dengar Sime Darby selalu macam mahu menolong membangunkan projek sebagai kerja amal corporate mereka melalui CSRnya.
TPM sudah dapat membina PAGOH untuk dijadikan hub pendidikan walaupun Pagoh sudah maju.
Kita ada juga Riverview dan Boustead yang saham mereka agak tinggi masa dahulu dan sekarang mereka untung agak lumain juga.
Saya rasa kalau MB kita pergi bersama2 YMDS berjumpa Datuk Musa pengurusi Sime Darby munkin kita dapat membina pekan baru Kubu Gajah kerana Sime Darby mempunyai tanah yang luas disekeliling Kubu Gajah.
YMDS pandai hendak bina theme park di Batu Gajah. Takkanlah YMDS tak pandai hendak membina pekan baru Kubu Gajah dengan kerjasama Sime Darby.
Kalau YMDS memilih calon baru untuk bertanding di PRU 13 pilihlah calon yang berani berjumpa orang seperti Pengurusi Sime Darby, Riverview dll untuk membangunkan Kubu Gajah dan Pondok Tanjung.
Janganlah pilih mereka yang hanya dapat menghangatkan kursi dewan dan juga takut berjumpa pihak atasan untuk pembangunan Kubu Gajah.
Tak semestinya orang muda kalau hanya beliau hanya pandai peluk tubuh, tangan dalam poket, cekak pinggang dan bagi hangat kursi dewan sahaja menjadi calon pilihan.
Parti DAP calonkan orang muda yang berani bising dalam dewan.
Sekian.
Post a Comment