1 March 2011
Kira-Kira Wang
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membina projek pelupusan sampah berharga lebih RM 200 Juta dekat Lahat di Ipoh.
Datuk Bandar Ipoh menyatakan demikian dalam sesi perjumpaan denga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak, pagia tadi.
Dalam mesyuarat yang Saya pengerusi di Pejabat PAC di Bangunan SUK, beliau berkata projek usahama dengan MBI itu akan dilaksanakan sebaik mendapat kelulusan Kerajaan Negeri dan dijangka siap awal tahun 2013.
Sehingga ini sebanyak sembilan Syarikat menyatakan hasarat mereka untuk melaksanakan projek tersebut, tetapi MBI akan hanya mencadangkan dua atau tiga Syarikat.
Syarikat yang terpilih akan bekerjasama dengan MBI dalam melaksanakan projek tersebut yang berteknoloji tinggi.
PAC juga tertarik dengan usaha MBI mengambil tindakan keatas tapak haram yang dijadikan tempat pembuangan sampah daripada 14,000 bilangan yang terdapat pada tahun 2006 hingga lebih 300 hingga Februari tahun 2011.
Bilangan itu diharapkan selesai menjelang Hari Ulangtahun MBI Bulan Mei ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Boleh tidak PAC mencadangkan supaya Majlis Perbandaran IPOH memmbangunkan bandar Ipoh dan Greater IPOH.
Manakala kerajaan negeri mengutamakan pembangunan luar bandar.
Begitu juga Manjung, Sitiawan, Kuala Kangsar dan bandar2 lain. Jika mereka tak pandai kutip cukai pintu, tukarkanlah Datuk Bandar yang baru. Kalau hendak menjadi pengurusi majlis, mereka mestilah pandai mengutip cukai pintu dan amat tegas bukan berkelulusan tinggi sahaja tapi cukai pintu dikutip tidak sampai 51% Ahli majlis ni saya rasa asyik berlagak. Orang Sabah kata pandai berlakun tapi tak pandai kutip cukai pintu dan tanah.
Kalau tidak, kita tidak dapat imbangkan pembangunan. Sampai bila pun pembangunan kita tidak seimbang jika kerajaan asyik membangunkan Kinta Valley.
Inilah yang dirisaukan YB Lim Kiat Siang. Beliau takut bandar seperti KL dan Ipoh semankin sesak. Cuba YMDS baca blog beliau.
Saya tahu mereka melihat dari segi pemasaran (seperti theme park Batu Bajah). Tapi kerajaan Perak harus belajar dari Berjaya Corp di mana Pangkor Resort terkenal di dunia tapi tidak terkenal di Malaysia.
Sekian untuk makluman YMDS
Post a Comment