12 March 2011
Bantuan pertanian
Rakyat yang telah menerima bantuan untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka, diingatkan agar tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut bagi mendapat keuntungan yang cepat.
Bantuan Kerajaan itu adalah sumbangan sebagai modal awal bagi mereka mengembangkan usaha untuk meningkatkan ekonomi sendiri.
Saya berkata demikian di majlis Perasmian Penyerahan Input dan Peralatan Pertanian, Program AZAM Tani Daerah Larut, Matang dan Selama di Pejabat Pertanian, Batu Kurau, petang tadi.
Bantuan berjumlan RM 50,000 yang disampaikan buat pertama kalinya itu termasuk Motosikal, Mesin Gergaji Berantai, Mesin Rumput Galas, Baja Cecai, Mesin Pengembor Bermotor, Bengkel dan Khemah.
Mereka harus bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana bermurah hati memberi bantuan tersebut kerana ia membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa perihatin dengan kebajikan dan keadaan hidup rakyat, terutama yang dalam kelompok miskin.
Bagi mencapai kejayaan, tiada jalan pendek, melainkan berkerja keras dan sanggup bersaing bagi meningkatkan produktiviti.
Negara, pada masa ini terlalu banyak bergantung kepada mengimpot bahan-bahan makanan, ternakan dan hasil pertanian, tetapi selama mana ia harus diamalkan tanpa rakyat sendiri sedar peranan dan tanggungjawab mereka.
Walupun, mengimpot itu lebih murah, tetapi rakyat kita juga harus digalakan menggunakan kepakaran dan kemhiran sendiri jika ingin maju sebagaimana rakyat di Negara lain.
Sementara itu, Jabatan Pertanian juga digesa agar lebih pro aktif turun ke padang bagi menggalakan lebih ramai rakyat terutamanya kaum remaja untu menceburkan diri dalam sektor pertanian.
Seramai Tujuh Orang menerima bantuan tersebut dari DUN Batu Kurau dan Selama termasuk dua orang dari DUN Kubu Gajah, Abdul Hamid bin Ramli dan Hamidon bin Mohd Lazem dari DUN Kubu Gajah.
Turut hadir ialah Pegawai Pertanian Daerah Larut, Matang dan Selama, Zulkifli Yakub, Penghulu Mukim Batu Kurau, Tajuddin Ismail dan Penghulu Mukim Ijok, Mohd Pauzi Ghazali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Diharap bantuan tersebut tidak menjadi bantuan untuk memproses getah keping di Sungai Malau Dalam.
Kerajaan meletakkan bantuan tersebut tanpa melihat selama mana ia boleh bertahan.
Kalau diletakkan dekat rumah kami sekurang2nya kami berenam masih kekal menoreh getah dan menjana cukai komoditi kepada kerajaan dalam bentuk hasil/produk yang dikeluarkan yang berterusan.
Jika YMDS turun padang selalunya mereka yang rajin bertani ialah muka mereka nampak 'berkilat' dan kulit badan menjadi kehitam2an dan tidak peluk tubuh, tangan masuk poket atau cekak pinggang bila bercakap mendengar orang lain bercakap (dari segi psikologi).
Ciri2 yang di atas ini menunjukkan mereka rajin bertani.
Sekian pengelaman saya.
Kalau alat2 ini diletakkan berhampiran dengan mereka yang rajin bertani sudah tentu alat2 akan tersimpaan lama.
YMDS,
Selalunya Jabatan Pertanian meluluskan bantuan mengikut kegunaan tanah setempat tapi tidak melihat kedudukan di mana banyak haiwan perosak.
Tanaman saya habis dirosakkan lebih daripada 5 jenis haiwan (termasuklah kera dan kambing).
Untuk mengelakkan perkara terebut saya memohon menanam pokok limau supaya tidak dapat dirosakkan haiwan perosak.
Jabatan Pertanian tidak memberi keputusan hingga sekarang.
Sepatutnya mereka turun padang melihat apa yang saya laporkan.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment