Template by:
Free Blog Templates

24 March 2011

Risda- tuisyen







Kejayaan Pelajar-Pelajar tidak terletak hanya dibahu pengurusan Sekolah, tetapi menjadi tanggungjawab Ibubapa juga.

Ibubapa sering menyalah pengurusan Sekolah apabila anak mereka gagal, tetapi medabik dada jika anak mereka berjaya.

Ibubapa seharusnya memupuk sikap mengambil berat mengenai pelajar anak-anak mereka samada di rumah mahupun ketika di Sekolah.

Saya berkata demikian di majlis Perasmian Penyerahan Baucer Tuisyen Desa Anjuran RISDA Daerah Larut, Matang dan Selama peringkat Parlimen Larut di Sekolah Menengah Kubu Gajah.

Sambil Mengucapkan Tahniah diatas Peningkatan Pencapaian Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010, Saya juga berharap Motivasi Pelajar yang akan melalui Pepeiksaan tidak lama lagi dapat dipertingkatkan agar mereka lebih yakin untuk menghadapi segala cabaran.

Saya juga berkata bahawa Para Pelajar hari ini harus bersedia untuk besaing dalam menempah kejayan yang lebih cemerlang.

Kemiskinan bukan lagi menjadi batu penghalang kepada kemajuan Pelajar-Pelajar di Luarbandar, sebaliknya sudah ada tanda keupayaan Pelajar di Luarbanda mampu bersaing dengan Pelajar di Bandar yang sentiasa lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Saya juga menyatakan bahawa Pelajar yang berjaya bukan setakat memperolehi Ijazah, tetapi juga mereka yang mampu menjadi Warga yang berhemah tinggi.

Saya juga mengucapkan Terima Kasih kepada RISDA Daerah kerana menyumbangkan sebanyak RM 10,000 bagi program Tuisyen itu.

Sebahagian besar 50 orang Pelajar yang terlibat adalah anak-anak Pekebun Kecil.

Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Menengah Kubu Gajah, Shahriff bin Sarmin dan Pegawai Pengembang RISDA Daerah, Ariffin bin Mohd Isa.

0 comments: