Template by:
Free Blog Templates

2 March 2011

Zambry Terima Anugerah

Program Ekonomi pembangunan Kerajaan Negeri Perak dalam di Wilayah Lampung Sumatera di Indonesia mendapat pengiktirafan daripada kerajaan tersebut.

Sebagai bukti, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, telah dianugerahkan pingat kebesaran Kerajaan Lampung dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah Negeri..

Ianya disempurnakan dalam satu upacara mengikut adat istiadat masyarakat Lampung. Dr Zambry dan Isteri Datin Seri Syarifah Zulkifli menjadi rakyat Malaysia pertama menerima penghormatan tersebut.

Sebelum itu, Menteri Besar dan Isterri diarak sejauh dua kilometer dengan menaiki kencana dan diepanjang perarakan tersebut, pelbagai persembahan kebudayaan diadakan termsuk pencak silat dengan iringan muzik syair klasik Lampung.

Upacara penyerahan pingat kebesaran dimulakan dengan Datuk Seri Dr Zambry diberikan keris turun temurun sebagai tanda bersaudara diikuti dengan Datin Seri Syarifah Zulkifli.

Dr Zambry menerima Pingat yang membawa gelaran Tuan Paduka Suntan Jaya Negara, manakala isteri beliau membawa gelaran Sri Ratu Intan Kencana.

Gubernor Wilayah Lampung, Drs Sjachroedin Abdin turut hadir menaysikan upacara yang bersejarah itu, selaint ialah 12 baputen , dua orang Walikota dan 22 orang kepala adat bagi suku kaum yang terdapat di Wilayah Lampung.

Dr Zambry menyifatkan penganugerahan itu sebagai langkah awal kepada usahasama yang lebih erat bagi manfaat dan kepentingan rakyat bersama.

Tahniah diucapan kepada Menteri Besar dan Isteri dan penganugerahan ini satu kebanggaan kepada rakyat Negeri Perak yang telah menaikan nama dan imej Negeri hingga ke Luar Negara.

Didoakan semoga hubungan serumpun dan kerjasama yang erat diantara Perak dengan Lampong akan berterusan dan berkekalan bagi faedah rakyat kedua-dua buah Negeri.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Selalunya negara seperti Indonesia dan Singapura sangat memahami konsep win-win. Tapi bila kita rancang sesuatu mereka hendak lebih menang dari kita.

Kita bentuk ASEAN ialah untuk mendapat sama-sama untung tapi ada sesetengah negara mahukan lebih untung daripada negara2 lain. Mereka faham tapi susah hendak melaksanakan konsep win-win.

Lagi satu cuba lihat layanan kita terhadap mereka yang datang dengan kapal laut jika dibandingkan dengan mereka yang datang dengan kapal terbang. Ini yang menyebabkan orang Lampung tidak mahu datang ke Malaysia.

Sepatutnya Port Klang dan Melaka hendaklah lebih perihatin tentang layanan yang berbeza.

Tak ada gunanya kita buat baik jika layanan di lapangan terbang berbeza dengan dengan dipelabuhan.

Sepatutnya kita lebih strict di lapangan terbang kerana dadah banyak datang melalui lapangan terbang tapi bukan dari Lampung atau Asahan atau pun Labuhan Bilik.

Sekian untuk makluman YMDS.