Template by:
Free Blog Templates

28 March 2011

Banjir kampung tersusun






Majlis Daerah Selama diminta agar memperbaiki kawasan dekat Kampung Tersusun di Pekan Kubu Gajah yang sering dilanda banjir bila berlaku hujan lebat.

Air yang bertakung itu mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak yang sering bermain di situ.

Saya melawat ke tempat tersebut selepas mendapat aduan daripada penduduk berkenaan yang merayu agar Majlis Daerah Selama berbuat sesuatu bagi menghalan air dari bertakung yang menyebabkan berlaku banjir.

Penduduk di situ tidak mampu untuk melakukan kerja mengatasi masalah banjir itu kerana kos yang agak tinggi.

Salah satu cadangan bagi mengatasi masalah itu ialah dengan mengorek sebagai laluan air dari kawasan tersebut.

0 comments: