Template by:
Free Blog Templates

14 March 2011

UMNO








Ahli-Ahli UMNO digesa agar menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak yang cuba memecah belahkan perpaduan Parti.

UMNO dilihat semakin kuat selepas memenanggi beberapa Pilihanraya Kecil (PRK) termasuk yang terbaru di Kerdau, Pahang dan Merlimau di Melaka.

Namun, ahli-ahli UMNO tidak boleh sambil lewa dengan kemenangan tersebut kerana cabaran lebih getir menunggu mereka dalam Pilihanraya UMUM (PRU) yang ke 13.

UMNO dan Barisan Nasioanal (BN) juga tidak boleh mendabit dada diatas kemenagnan tersebut, sebaliknya bersyukur diatas kemenangan itu dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk membantu berkempen di Pilihanraya Negeri di Sarawak dan juga PRU ke 13 nanti.

Saya berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Tebing Tinggi di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi.

Selain menggelakan diri daripada berbalah, ahli-ahli UMNO juga diingatkan agar tidak mudah terperangkap dengan fitnah yang disebarkan Pembangkang yang hanya ingin melihat perpecahan dalam Parti itu.

Ahli-Ahli UMNO harus tabah dan tidak mudah kecewa kerana perjuangan mereka bukanlah untuk kepentingan diri, semata-mata, tetapi demi bangsar, agama dan Tanahair.

Kerajaan BN sentiasa mengambil berat Kebajikan rakyat dan rakyat tidak perlu ragu-ragu mengenainya.

Biasalah bila menjelang Pilihanraya, akan ada pihak-pihak yang akan muncul untuk meraih simpati pengundi.

Sementara itu, perwakilan cawangan ke Persidangan UMNO Bahagian kali ini juga bertambah ekoran pindaan Perlembagaan Parti.

Justeru, diharap tidak timbul lagi masalah perebutan menjadi wakil ke mesyuarat perwakilan Bahagian sebagaimana sebelum ini.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

PRU 13 hampir tiba, tapi YMDS masih banyak menumpukan masa untuk mengekalkan kedudukan YMDS dalam UMNO di LMS.

Buat pada masa ini yang paling penting sekali ialah untuk memenangi ADUN Kubu Gajah.

Buat sementara, tinggalkan dulu usaha untuk mengekalkan kedudukan dalam UMNO di LMS. Takkan lari gunung dikejar. Yang kita takut yang lari ialah 'bukit bertingkat'.

Terima kasih.