Template by:
Free Blog Templates

25 March 2011

Dewan uzur






Melawat Dewan Orang Ramai di Batu 20 dalam DUN Kubu Gajah yang keadaannya agak tidak memuaskan.

Sebanyak RM 10,000 telah diluluskan oleh Kerajaan bagi kerja-kerja menaik taraf bangunan tersebut bagi kemudahan JKKK bermesyuarat dan juga perjumpaan ramai.

Dewan ini sering menjadi tumpuan ramai termasuk kegiatan Pelajar Universiti Tempatan yang mengadakan program turun ke padang dan yang terbaharu ialah kedatangan Pelajar Universiti Petronas baru-baru ini.

Dengan menaik taraf Dewan tersebut diharap, aktiviti JKKK terutamanya akan lebih giat lagi selain preogram yang melibatkan penduduk kampung.

Turut hadir di dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Batu 20, Haji Mohd Isa yang begitu gembira dengan kelulusan peruntukan bagi kerja-kerja menaik taraf dewan tersebut.

0 comments: