Template by:
Free Blog Templates

23 March 2011

Ibu tunggal





Saya amat simpati dengan keadaan sebuah keluarga Ibu Tunggal yang tinggal di Kelian Gunung di Ulu Ijok.

Kamisah binti Ibrahim, 34 tahun bukan sahaja kehilangan suaminya, Mustapa bin Din, 62 tahun yang meninggal dunia enam bulan lalu, tetapi juga mengalami masalah penghilatan.

Kamsiah yang sebelum ini menumpang dengan keluarga mertuanya di FELDA,Ijok, kini menumpang di rumah keluarga sendiri.

Beliau yang tiada sebarang pekerjaan dan hanya berharap belas ehsan orangramai, mempunyai dua orang anak, Mohd Ismail,15 tahun dan adik perempuannya,Nabiah, 9 tahun.

Saya akan berusaha mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah bagi membantu menggurangkan bebanan keluarga tersebut.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein dan Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin bin Mat Isa.

0 comments: