Template by:
Free Blog Templates

8 March 2011

stesen kereta api






Keretapi Tanah Melayu (KTMB) diminta agar mempertimbangkan untuk mewujudkan semua stesennya di Pondok Tanjung.

Saya amat terkejut bila mendapati di dalam pelan projek pembinaan landasan keretapi berkembar ke utara, KTMB tidak memasukkan stesen Pondok Tanjung.

Saya bimbang andainya Stesen Keretapi Pondok Tanjung tidak dikekalkan kawasan ini akan terus terpinggir dari arus pembangunan kerana pembinaan stesen itu akan memberika impak kepada pembangunan di kawasan ini dan sekitarnya.

'KTMB barangkali terlepas pandang bahawa Pusat Ternakan Haiwan Nasional termasuk Ternakan kambing boer Negara, terletak di kawsan Pondok Tanjung.

Jika beberapa Stesen KTMB seperti di Bukit Merah yang terletak tidak jauh dari Pondok Tanjung, tidak ada sebab Stesen di Pondok Tanjung Tidak boleh dikekalkan, lagipun kawasan ini terletak juga dalam kawasan Pembangunan Koridor Utara.

Justeru, KTMB tidak seharusnya bersikap pilih kasih kerana kesemua stesen keretapi yang terletak di laluan tersebut telah dibina semula tetapi tidak di Pondok Tanjung.

Keretapi adalah satu-satunya pengangkutan awam yang ada di kawasan itu bagi orang ramai melakukan perjalanan ke utara dan selatan.

Perkhidmatan KTMB lebih diperlukan memandangkan sekarang ini di kawsan Pondok, Tanjung, Kubu Gajah dan Batu Kurau tiada perkhidmatan bas dan penduduk di sini perlu ke Taiping sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan awam untuk perjalanan jauh.

Landasan KTMB berkembar yang hampir siap amat bertepatan bagi pembangunan kawasan itu tetapi sekiranya stesen itu tidak dibina semula pembangunanLuar Bandar tidak akan berlaku.

Lagipun, Stesen yang di bina di Bukit Merah, Alor Pongsu dan Bagan Serai dilihat tidak memberikan impak yang besar di kawasan ini berbanding jika ianya dibina di Pondok Tanjung.

Saya juga berpendapat bahawa Stesen Keretapi di Pondok Tanjung juga sesuai menggantikan Stesen Keretapi di Taping yang begitu sesak dengan laluan kenderaan dan membahayakan keselamatan orang ramai.

Dan jika ianya dipindah ke Pondok Tanjung yang tidak begitu jauh jaraknya, ia akan membangunkan tanah-tanah di situ dan sekitarnya serta meningkatkan tahap Ekonomi Penduduk Kampung.

Ini adalah kerana akan terdirinya Kompleks Perniagaan, Rumah-Rumdah Kedaia dan Kediaman jika Stesen Keretapi di Taiping di Pindahkan ke Pondok Tanjung.

Saya harap Menteri Pengangkutan juga boleh menimbangkan permintaan jika mahu lihat kawasan luarbandar terus membangun.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Oleh kerana kita kuat sangat berpolitik kita selalu salah pandang 'emas' didepan mata kita.

Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada stesen keretapi Pondok Tanjung (tersilap pandang)tapi kita tidak langsung menggunakan kemampuan Dato' Hamzah selaku Timbalan Menteri untuk membangunkan LMS.

Bayangkanlah hasil kayu getah (terutamanya perabut)sahaja dapat menjana perolehan 9 ke 10 bilion tiap2 tahun. Bayangkan cukai hasil getahnya untuk buat tayar, berapakan nilainya?. Cuba tanya Dato'Hamzah?

Perkara sebegini kita belum lagi lihat keuntungan kelapa sawit. Lihat sahaja keuntungan Sime Darby tahun lepas. Kita tak payah lagi periksa keuntungan FELDA atau FELCRA. Walaupun harga buah kelapa sawit turun sedikit kerana pembetulan teknikal tapi keuntungannya masih tinggi.

Senerio ini sudah tentu dapat membantu pembangunan LMS jika Dato' Hamzah seorang yang bijak bestari kerana hasil LMS ialah semata2 dari kelapa sawit, balak dan getah.

Cuba kita lihat Manjung. Tempat ini ada apa kecuali kolam udang. Tapi ia membangun dengan pesatnya.

Adakah keuntungan hasil produk kelapa sawit, getah dan balak LMS digunakan untuk pembangunan Lembah Kinta dan Manjung? Cukai pintu mereka pun sudah banyak. Pihak swasta pun berebut2 hendak membangunkan greater Ipoh. Kita tak payah lagi gunakan hasil pengeluaran asas tani, balak, kelapa sawit dan getah untuk membantu mereka yang di bandar.

Kalau tak jadi pun kolej RISDA Dato Hamzah boleh membina institut kemahiran membuat perabut dan tempat latihan craft tangan di Pondok Tanjung kerana projek sebegini adalah dalam kelolaan beliau. Saya pun hairan kenapa Dato' Hamzah tidak berapa aktif di LMS seperti ahli Parlimen Jelapang Bagan Datuk atau ADUN Pulau Pangkor. Pilihan raya semankin dekat tapi LMS (Lagi Melayu Sangkut) tinggal hanya menjadi kenangan

Yang penting sekali ialah kilang tayar, kerana saya asyik membeli tayar dari Thailand, Phillipines dan Indonesia. Kilang tayar di Shah Alam juga mengimpot tayar dari sana...kilang tersebut macam berniaga atas angin sahaja. Kita ni banyak macam berniaga atas angin. Beras Thailand pun kita buat begitu. Kenapa bernas tidak kita beli dari Burma kerana ia lebih murah dari Thailand?

Nampaknya banyak perkara belum selesai lagi tetapi kita sudah hendak adakan pilihan raya. Tengok sajalah.

Terima kasih.