9 March 2011
Jalan
Saya mengambil kesempatan meninjau projek-projek yang sedang dan telah siap dilaksanakan di DUN Kubu Gajah.
Di Sungai Malau Luar, kerja-kerja menaik taraf Jalan Kampung sepanjang 30 rantai yang melibatkan peruntukan RM 30,000 telahpun siap dilaksanakan.
Projek jalan itu diharap akan memberi kemudahan dan keselesaaan kepada penduduk-penduduk berkenaan.
Masih ada lagi projek menaikan taraf jalan yang belum dilaksanakan kerana menunggu peruntukan tambahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Kita asyik menaik taraf (membaiki) tapi tidak membina jalan baru.
Yang kita pentingkan ialah jalan untuk pembangunan sosial sahaja.
Sejajar dengan ini elok juga kita bina jalan pevement atau letrite di kawsan yang menjana ekonomi (kanan kiri jalan ada hasil).
Cuba YMDS bayangkan darimana datangnya duit membina jalan ke rumah2 kalau tidak dari keuntungan kelapa sawit dan getah yang kami toreh?
Peruntukan pembinaan jalan untuk menjana ekonomi ini masih banyak. Diharap JKKK kita buat kertas kerja untuk mendapat bantuan ini dan hantarkan ke Kementerian yang berkenaan sebelum habis.
JKKK sekarang bukan macam dulu lagi. Mereka hendaklah selalu membuat kertas proposal sebelum peruntukan habis untuk tahun ini.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Elok juga YMDS berjumpa pegawai CSR Malaya Estate untuk menyambung juga jalan leterite dari Malaya Estate ke Tebing Tinggi di tanah reserve kerajaan antara Sungai Malau Dalam dengan parit 'tali air/ban' kerana jalan ini sudah pun disediakan dan diratakan.
Yang perlu hanya menabur batu kerikel/leterite terutama sekali di lopak2 yang dapat mengejabkan/memmampatkan tanah dijalan tersebut.
Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan sahaja untuk pembangunan tapi perlu juga bantuan pihak swasta. Biasanya jika Menteri berjumpa mereka tidak ada masalah, Tapi saya tak tahulah pula kalau wakil rakyat yang berjumpa kerana mereka ini juga memandang STATUS.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment