Template by:
Free Blog Templates

17 March 2011

Jalan rosak




Melawat Jalan Kampung yang rosak akibat Lori berat yang masih membawa barang di Kampung Sangkut, Ulu Ijok.

Saya telah meminta pihak berkenaan untuk segera memperbaiki jalan tersebut yang menjadi penggunaan utama penduduk-penduduk di situ.

Saya juga meminta Ketua Kampung, Mat Zan bin Mohd Kassim agar berbincang dengan lori yang keluar masuk ke situ dan menyebabkan berlaku kerosakan.

Seorang penduduk, Sali bin Haji Najeri, 78 tahun mengadu kepada Saya akan kerosakan jalan yang sering berlaku di Kampung beliau.

Kerosakan itu membimbangkan mereka jika berlaku kemalangan terutama kepada Pelajar Sekolah dan Warga Emas yang sering menggunakan jalan tersebut.

Jalan itu juga sering rosak jika berlaku banjir besar di Kampung Sangkut.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Mat Zan yang juga tinggal tidak jauh dari jalan yang rosak itu.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Di Indonesia Ketua kampung menjaga jalan supaya tidak rosak. Kalau boleh kuncinya di pegang oleh ketua kampung atau wakilnya di rumah yang berdekatan.

Jalan ke tanah saya pun rosak kerana lori yang berulang alik mengerjakan tanah yang agak luas di sebelah pedalaman.

Dulu saya sudah betulkan jalan ini hingga kerita kecil pun boleh masuk.

Lepas itu mereka rosakkan. Kalau saya tegor, faham2 sahajalah tabiat Melayu. Tapi kalau ketua kampung menegur mereka OKlah.

Isu yang lain ialah ramai juga yang memagar tanah mereka supaya orang lain tidak dapat merentasinya. Jika kita tidak diberikan laluan (di tanah reserve)sampai masanya kita akan jual tanah tersebut. Begitulah yang terjadi kepada abang saya dan sepupu saya di Sungai Malau Dalam. Surat warning di letakkan di kerita.

Md. Nor (Kg. Tengah Rantau Panjang) juga memagar tanahnya (tanah kurnia yang belum diukur) di jalan menuju ke Sungai Dendang Hilir.

Akhirnya yang kaya akan menjadi kaya, yang miskin akan terus meminta bantuan.