Template by:
Free Blog Templates

27 August 2012

Aidilfitri



Lembaga air Perak (LAP) akan berusaha memastikan masalah air menjelang dan pada hariraya aidilfitru di Felda, Ijok tidak akan berulang.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata, beliau telah membangkitkan masalah tersebut ke pengetahuan pengurusan LAP di Ipoh dan Taiping.

LAP berjanji mengatasi masalah tekanan air yang rendah itu dari loji penapis mereka di sungai Jernih.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan hariraya aidilfitri anjuran Felda, Ijok tengahari tadi.



Turut hadir pengurus Felda, Haji Saufuddin Dat, ketua kampung, Haji Shukur Haji Jaman, pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan peneroka (JKKR), Ramli Mahmud dan ketua UMNO cawangan, Abdul Razak.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengucapkan terima kasih kepada LAP yang bertindak cepat menghantar tangki air sebaik dimaklumkan masalah tersebut.




Adun Kubu Gajah menerima aduan mengenai masalah air daripada Haji Shukur dan peneroka pada pagi hari raya pertama.

LAP yang dipengerusikan menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merupakan agensi yang memiliki pengurusan terbaik.

2 comments:

Anonymous said...

Di universiti saya, jika tutor tak kerja betul2 mereka berhentikan tutor tersebut. Saya respond lambat sedikit pun kena buang tanpa ke mahkamah.

Boleh tidak sebagai pengurusi PAC jika pegawai air tak buat kerja betul2 YMDS cadangangkan supaya boss mereka tukarkan mereka ke kawasan yang HOT SIT seperti ke Ipoh Timor.

Dulu di tempat kita cikgu pun kita minta tukarkan ke tempat lain kerana mereka selalu sampai lewat.

Anonymous said...

Tak lama lagi raya Haji, boleh tidak majlis agama Perak siapkan khutbah tambahan supaya tidak mengorbankan (membeli) lembu yang memakan tanaman orang lain.

Lebih 400 lembu FELDA IJOK rosakkan pokok kelapa sawit dan pokok nenas saya.

Pengusaha lembu ini juga mempunyai otak seperti lembu.

MEREKA TIDAK TAHU KONSEP WIN-WIN.

Mereka saja yang hendak untung. Inilah sikap orang jaga lembu.

Sekarang ni kalau nak tembak dendanya lebih daripada harga lembu.

Perkarah ini sudah diberitahu mereka yang berwajib jang beri lembu free kalau pemohon tiada pagar tapi cuba YMDS lihat tahun depan.

Kalau saya minta lembu susah nak dapat walaupun ada pagar tanpa lembu.