Template by:
Free Blog Templates

2 August 2012

Bubur








Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar bersama sembilan wartawan-wartawan Sinar Harian petang tadi membahagikan bubur lambuk kepada orang ramai sekitar pekan Ijok.

Wartawan seramai sembilan orang itu diketuai pengarang Sinar harian, Nor Ajuwa Ghazali yang juga disertai ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

Sebelum itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bersama wartawam-wartawan berkenaan telah bergotong-royong bersama penduduk Ijok membuat bubur lambuk.

Mereka juga turut membungkus bubur tersebut di kedai milik bendahari puteri UMNO bahagian, Mazda Tahir.

Ketua-ketua kampung dalam Mukim Ijok juga terut serta dalam gotong royong membuat bubur yang seberat lebih 30 kilo.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap budaya bergotong royong itu dikekalkan keran ia mampu memupuk perpaduan.

Beliau juga berharap semangat bertukar-tukar kuih dan lauk seperti berbuka puasa zaman dahulu dikembalikan kerana ia mampu mengeratkan silaturahim.

4 comments:

Anonymous said...

KETUA POLIS NEGARA..TAN SRI MUSA HASAN...!!! be careful please..

Anonymous said...

Saya lihat berita Sinar Harian macam tak berta sebelah.

Kalau banyakkan berita luar bandar adalah lebih baik supaya ia tidak mengikut akhbar main stream yang urbancentric.

Di kampung lagi banyak cerita pencuri getah dan buah kelapa sawit. Skandel dan rasuah pun ada jika hendak dimuatkan dalam berita yang lebih sensasi.

Anonymous said...

Turun Padang bagi saya ada dua jenis.

Yang pertama turun padang kumpul maklumat.Pemimpin menjadi pembanci.

Yang kedua turun padang ikut serta bersama rakyat (participatory development).

Banyak kajian mengatakan cara kedua inilah yang lebih baik.

Sebagai contoh dalam gambar2 ini YMDS ikut serta bersama rakyat.

Yang sebenarnya, bersama2 rakyat ada tiga peringkat.

Contoh kedua. YMDS juga menjadi ahli koperasi (yang ketinggalan) dikampung atau pun beberapa JKKK di kampung yang ketinggalan seperti Kampung Raja di Kampung Tengah, Tebing Tinggi.

Yang ketiga sebagai contoh YMDS sendiri melibatkan diri pada masa cuti dalam bidang pertanian supaya YMDS melihat betapa banyaknya kera dan tanah tenggelam di tempat YMDS bercucuk tanah.

Itulah yang saya pelajari dari Universiti Sao Paulo dan Benares dalam mata pelajaran Participatory Development.

Bangsa2 Bersatu tidak berapa suka cara ini kerana pemimpin juga akan turun padang bekerja bersama dengan rakyat.

Tapi rakyat dapat meningkatkan motivasi mereka apabila rapat dengan pemimpin. Maksud saya pemimpin di sini termasuklah pegawai perkembangan.

Sebagai contoh YMDS menanam limau Perut dan bunga melor sudah tentu masyarakat India akan merujuk YMDS kerana pertanian ini dapat membantu perkembangan kuil mereka.

Apa yang sabutkan ini hanyalah contoh sahaja, bukan sebenarnya.
Macam kelentong kedai kopi sahaja.

Jika kita bekerjasama di kampung yang ketinggalan/ada masalah (proaktif) kita adalah pegawai trouble-shooters (penyelesai masaalah) yang terbaik.

Anonymous said...

Kalau YMDS reaktif orang yang kaki ampu yang selalu berjumpa untuk mengatasi masalah walaupun masalah kecil seperti paip pecah, bini nak beranak dll.

Bila YMDS proaktif yang kaki ampu mula tarik diri.

Kalau YMDS tak percaya tanyalah Datuk Musa mantan TPM kita dan Datuk Lee Chong Way semasa beliau sakit kaki. Kesunyian, kerana kaki ampu mengampu hilang.