Template by:
Free Blog Templates

15 August 2012

Peladang






Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau bercadang melibatkan diri dalam bidang perladangan dan hartatanah bagi menggukuhkan lagi kedudukan kewangannya.

Begitupun, PPK Batu Kurau tidak akan terburu-buru kerana ia akan meninjau pasaran terdekat kerana mereka tidak memilikki kepakaran, kecuali dalam bidang perladangan.

Demikian diumukan oleh Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah pertubuhan itu di Batu Kurau, pagi tadi.

PPK memiliki wang simpanan yang kukuh, tidak bermakna ia akan menggunakannya sesuka hati kerana mereka juga mempuyai perancangan yang lain yang boleh mendatangkan keuntaugan yang stabil.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah pendapatan kukuh PPK sekarang ialah stesyen Minyak di Pekan Batu Kurau yang sudah diusahaka lebih 20 tahun.



PPK berharap memperolehi pendapatan tambahan bulanan hasil tanaman Kelapa Sawit yang akan dimulakan di tanah miliknya, seluas lebih 100 ekar dekat Ijok.

Beliau turut mengumumkan penubuhan biro-biro baru yang dianggotai oleh kesemua tujuh Ahli Lembaga Pengarah yang dipilih pada mesyuarat agung baru-baru ini.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengetuai sendiri biro mengenai urusan Pentadbiran dan Kewangan PPK.

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa PPK Batu Kurau tak cari tanah di kawasan ADUN Batu Kurau?

Biarlah tanah di kawasan ADUN Kubu Gajah diberikan kepada penduduk kawasan ADUN Kubu Gajah. Nanti jadi macam PETRONAS pula. Lagi pun orang Melayu di kawasan ADUN Kubu Gajah tidak bodoh seperti zaman dulu. Hanya mereka tidak mahu 'berkelahi' macam kerajaan Pusat dan Trengganu untuk kepentingan perpaduan.

Nanti jadi Menteri Indonesia di Jakarta pula kerana ramai yang mempunyai tanah kelapa sawit di Sumatra. Sepatutnya mereka ada tanah sawit di Java. Kalau mereka beli tak apalah.

Anonymous said...

Sepatutnya sebelum PPK buat stesen minyak, PPK Batu Kurau mesti tanya Y. B. Selama kenapa beliau jual PETRONAS beliau?