Template by:
Free Blog Templates

4 August 2012

UMNO

















Perpaduan dalam parti merupakan senjata kekuatan menghadapi pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengingatkan ahli UMNO bahawa masa untuk berbalah sudah tiada, tumpuan sekarang adalah memperkukuhkan parti untuk menentukan kemenangan barisan nasional (BN).

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan bersama kepimpinan UMNO bahagian Larut yang diketuai Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di kediamannya di Ipoh petang tadi.

Dr Zambry yang juga ketua perhubungan UMNO Perak menyeru ahli-ahli disegenap peringkat bekerja keras memastikan lebih ramai pengundi menyokong BN.

Setiap undi itu penting dan kemenangan masa depan rakyat dan negara.

Jentera parti seharusnya sudah bersedia untuk menghadapi pru ke 13 pada bila-bila masa.

Dr Zambry turut menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan ketua-ketua cawangan yang hadir.

Mereka turut diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama lebih 1,000 imam dan jawatankuasa masjid di seluruh Perak dan bersolat trawikh.

4 comments:

Anonymous said...

UMNO masih mementingkan kedudukan dalam parti daripada kepentingan untuk menang.

UMNO Perak hendaklah membezakan antara kehendak pengundi dengan kehendak ahli UMNO.

Kamahuan ahli UMNO hanya boleh membantu kemenangan jika tempat tersebut memang selesa untuk kemenangan bagi UMNO.

Tapi di kawasan yang kalah dan menang tipis UMNO Perak hendaklah menggantikan dengan ahli UMNO yang tidak ada kedudukan dalam parti tetapi yang terbilang, cemerlang dan gemilang dari aspek lainnya.

Kalau UMNO masih mahu kekalkan mereka yang goyang dan kalah calon hendaklah ditukarkan ke tempat yang selesa.

Saya masih berharap sebagai contoh, MB dicalonkan di Kubu Gajah dan YMDS dialonkan di Pangkor.

Jika MB kalah kami sedia menerimanya balik ke universiti. Tapi kalau YMDS kalah susahlah sedikit hendak diterima menngajar di Universiti.

Untuk mengelakkan perbalahan, undur dirilah sebelum nama calon dikemukakan seperti calon UMNO Beaufourt mudah2an beliau jadi KM.

Anonymous said...

Perbalahan dalam UMNO berlaku jika pemimpin UMNO tidak boleh lagi menjadi pemimpin atau pun telah mendengar berita angin yang mereka akan dikeluarkan jadi calon.

Jika terjadi demikian pendapatan mereka juga tergugat. Inilah yang mereka takutkan

Mahu tak mahu keluar dari UMNO dan lawan tokey.

Saya harap di Perak tidak akan jadi demikian jika YB2 Perak tidak lagi terpilih. Kita mesti berkorban supaya kita dapat bersatu.

Kadang2 pendapatan Pengurusi GLC lagi banyak dari menjadi YB.

Bagi kami ahli UMNO biasa memang tidak layak jadi Pengurusi syarikat GLC walaupun kelulusan melangit sekali pun.

Yang layak hanya ketua2 JPA dan pemimpin politik sahaja walaupun mereka hanya lulus dalam Pengajian Melayu sekali pun dan tanpa berorientasikan
busines/planters (kelapa sawit).

Saya rasa PM masih susah hendak menjayakan PENCAPAIAN didahulukan.
Ramai orang UMNO yang pencapaian business mereka lebih tinggi tetapi tidak diketengahkan.

Lebih 14 orang yang menyimpan di Tabung haji bergelar juta2wan tapi tidak terpilih jadi pengarah TH atau THPlantation. Harganya pun akan turun jika saham jualan Tabung Haji ke THPlantation diapongkan.

Pencapaian keuntungan syarikat tidak ada atau amat kecil tetapi kedudukan mereka masih dikekalkan menjadi Pengarah syarikat apa akan terjadi kepada syarikat tersebut?

Contohnya Mikka Holdings tempoh hari.

Saya harap pengarah KUB(UMNO) patut ditukarkan kerana keuntungannya hanya beberapa sen sahaja.

Proxy badan kerajaan hendaklah memberikan undian proxy mereka kepada mereka yang dapat menjana keuntungan/kemajuan, maksud saya yang ada business yang menguntungkan.

Saya kesihan orang Melayu nak main saham tapi tak pilih pengarah syarikat yang dapat menjana keuntungan.

Kadang2 saya sangsi kebolehan. seperti Pengurusi RISDA. Apalah beliau tahu tentang pokok getah.

Pengurusi FGVH apalah beliau tahu tentang kelapa sawit dan pasar hadapan. Kalau beliau tahu tentu beliau tidak hairan jika harga sawit turun tapi harga minyak tidak turun.

Harga getah turun tapi harga tayar semankin naik. Perkara beginilah yang susah difami orang kita seperti Datuk Hamzah. Beliau kata FGV betul2 berniaga komoditi bukan seperti kebanyakan saham lain (berniaga atas kertas atau angin)

Kalau FGV berniaga komoditi yang sebenarnya (tulin) sudah tentu nilainya juga naik macam harga tayar/minyak sawit.

Anonymous said...

Saya lihat jika orang baru dipilih jadi ADUN saya harap mereka yang tidak terpilih janagan cucuk belakang.

Apa kata orang UMNO Batu Kurau jika ketua polis maksiat jadi calon PAS maka UMNO pula pilih salah seorang Ketua Polis Negara yang pencen dan ada di Perak sekarang ini jadi calon mereka di Batu Kurau.

Kalau mereka setuju barulah perpaduan dapat dijalinkan.

Brgitu juga di Selama sekiranya mereka melantik salah seorang setiausaha menteri penerangan jadi calon di Selama alangkah baiknya. Beliau betul bendul orangnya. Pijak semut pun tak mati.

Orang Kubu Gajah memang ramai yang ternama. Ada yang terkenal di luar negara tapi tidak terkenal di Kubu Gajah. Ada yang saintis, konsultant di syarikat Jepun, peguam dan ketua pengarah dll. Hanyak mereka ini low profail dalam politik tapi terkenal dalan bidang profesion masing-masing.

Bukan saya mahu mereka jadi ADUN tapi kita mesti lihat siapa lawan kita. Kalau peguam kita letakkan peguam yang lebih berintegriti. Jika saintis kita letakkan orang kita yang lebih alim, dsnya, Yang penting ialah elakkan mereka yang alim kucing. Mulut kata tidak tapi tangan menadah. Sedekah kononya.

Anonymous said...

Adakah UMNO boleh berpecah jika pemimpin UMNO yang mempunyai rekod dan reputasi yang mencurgiakan digantikan dengan ahli UMNO yang ada integriti dan rajin?

Inilah persoalan kita sekarang.

Pembangkag akan berkempen dengan memburukkan pemimpin UMNO berdasarkan maklumat yang mereka kumpul di Jabatan2.

Sebab itu saya syorkan UMNO hendaklah menyaman mereka yang menuduh pemimpin UMNO jadi Mr. TEN PERCENT, SIX MILLION DOLLAR MAN dll lagi.

Kalau kita tak saman mereka ini sekarang susah juga kita hendak menang.

DAP akan menambah kursinya dibandar2 dengan kempen peribadi baik pun di Sarawak atau pun di Semenanjung terutama sekali Melaka dan Johore.Pas akan meluaskan empire politiknya di luar bandar. PKR antara bandar dan luar bandar.