Template by:
Free Blog Templates

3 August 2012

Islam

















Masa depan umat islam terletak ditangan mereka sendiri dan bukan orang lain yang menentukannya.

Tetapi, jika mereka berpecah, orang lain yang akan mengambil kesempatan untuk melihat masyarakat Islam terus berpecah belah.

Dunia Islam akan semakin kecil dan lama-kelamaan rasa hormat bangsa lain kepada agama suci Allah itu akan semakin terhakis jika umat Islam asyik berbalah.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan menyampaikan kain jubag kepada imam dan jawatankuasa masjid di pekarangan masjid kampung Perak di Batu Kurau.

Islam akan menjadi kuat dan dihormati jika mereka bersatu, tetapi akan menjadi lemah jika mereka suka berbalah.

Umat Islam harus mengutamakan perpaduan sekalipun terbabit dengan perbezaan politik.

Jangan kerana terlalu pentingkan politik,soal perpaduan tidak diberikan keutamaan.

Jika bukan orang Islam yang mempertahankan kesucian agama Allah itu jangan harap orang lain akan melakukannya.


1 comments:

Anonymous said...

Kita berpecah belah kerana kita cepat panas bakhan (temper).

Semalam MB Kelantan mengatakan kalau ada masalah air jangan jumpa PAS tapi jumpa lembaga air.

Saya ingat YMDS hendaklah memberi kertas maklumat kepada semua orang tentang siapa yang bertanggong jawab untuk menyelesaikan masalah.

Kalau tidak nanti semua akan marah kepada YMDS dan akhirnya mengundi parti lawan.

Saya syorkan YMDS berlu bangkit setelah orang yang bermasalah telah melaporkan masalahnya kepada yang berwajib tapi mereka tidak pedulikan.

Saya pernah mengirim surat kepada JPS dan Vertiner tapi mereka tidak peduli barulah saya laporkan kepada YMDS.

Begitu juga kisah lembu saya jumpa Hj. Saad (kuat UMNO)dahulu, setelah beliau tidak mengambil tindakan barulah saya laporkan kepada YMDS.

Lepas ini barangkali kami tembaklah seperti di Jelai dekat Gemas.