Template by:
Free Blog Templates

25 August 2012

Hari raya














Sambutan Hari raya Aidilfitri adalah bulan yang terbaik bagi umat Islam memperkukuhkan silaturahim.

Justeru, umat Islam harus mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan dan berbaik-baik diantara satu dengan yang lain.

Ketua UMNO bahagian larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di jamuan hari raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Kurau, pagi tadi.

Beliau juga adun Kubu Gajah bimbang rasa hormat terhadap Islam akan terhakis jika mereka asyik berpecah.

Apa yang sedang melanda keatas beberapa negara Islam didunia harus menjadi peringatan kepada umat Islam akan keburukan jika mereka berpecah.



Sambutan Aidilfitri juga boleh menyemarakkan lagi semangat perpaduan kaum di Malaysia.
Kapt (B) Datuk Najmuddin Elias dan artis-artis tempatan adalah diantara yang hadir.




Sementara itu, jamuan hari raya Adun Kubu Gajah akan diadakan 9 september, iaitu dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari di pekarangan pusat khidmat adun Kubu gajah dan dari jam 3 hingga 6.30 petang di padang bola pekan Ijok.


Artis-artis tempatan akan turut mengadakan persembahan pada majlis raya tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Saya harap orang PAS juga datang hari terbuka UMNO. Ramai orang PAS tak tahu duit hari terbuka ialah duit rakyat.

Kalau YB pencen mengadakan hari terbuka duit tersebut tentulah datangnya dari duit poket YBlah.

Sebagai contoh, jika Datuk Kassim buat hari terbuka saya percaya duit tersebut datangnya dari gaji/pendapatan beliau. Kalau PAS tak datang pun terpulnglah kepada mereka.

Saya rasa UMNO harus educate orang PAS supaya dapat membezakan antara duit rakyat dengan duit YB itu sendiri apabila 'kenduri'

Anonymous said...

Kita tidak bersatu padu kerana kita sombong dan kita rasa kita lebih baik daripada yang lain atau pun kita mempunyai idelogi atau suku kaum yang lebih pandai.

Dulu saya lihat orang Cina susah hendak bersatu padu dengan orang Melayu.

Apabila mereka melihat customers mereka ramai orang Islam, mereka terpakaa ambil pekerja Melayu untuk meningkatkan perniagaan mereka terutama sekali di front desk.

Inilah trend baru yang saya lihat terutama sekali dalam restoren Cina.

Depan pakai tudung, di dapur pakai baju dalam dilihirnya terlilit tuala good morning.