Template by:
Free Blog Templates

27 August 2012

Rumah



Yayasan bina upaya (YBU) disaran memperbanyakkan bantuan peruntukan baiki rumah penduduk miskin.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata, YBU adalah agensi yang dilihat mampu berbuat demikian.

Beliau berkata demikian ketika melawat sebuah rumah penduduk, Abu Bakar Mat Isa di Kubu Gajah hari ini.

Abu Bakar,60 tahun seorang tukang memerlukan bantuan untuk membaiki bumbung rumah beliau.

Beliau tinggal bersama isteri, Halijah Aman,41 tahun dan empat orang anak tinggal diatas tanah milik emaknya.


Turut hadir pengerusi rukun tetangga sektor Kubu Gakah, Talib Haji Ismail dan ketua UMNO cawangan, Abu Samah Aliddin.



YBU difahamkan telah menyediakan peruntukan rm 10 juta untuk program rumah bagi kalangan rakyat miskin dan kakitangan Kerajaan.

1 comments:

Anonymous said...

Kadang-kadang duit lambat kerana banyak karenah birokrasi.

Sebagai contoh bayangkan duit datang dari CSR syarikat GLC untuk membina rumah kurang upaya.

Perjalannya sangat jauh.

Tapi jika YMDS buat short circuit munkin wang ini dapat terus dari syarikat seperti Bousted, Sime Darby dan Genting Plantation untuk buat rumah orang miskin melalui CSR syarikat.

Saya harap networking YMDS melihat juga ke atas (maksud saya naik padang)

Kalau turun padang saja dari mana nak dapat duit. Kalau turun padang saja Cikgu Abu Aliddin pun boleh jadi YB.

Tapi kalau jumpa pengurusi Genting Plantation, Sime Darby dann Boustead barulah Cikgu Abu perpeluh. Lebih2 lagi bakal YB kita Ustaz Nazri Din. Ustaz pandai berdebat tapi tak pandai cari kawan atasan untuk membangunkan Kubu Gajah.

Tiga estet ini ada di Kubu Gajah.
Lim Kok Thay (GP) ialah CEO yang paling banyak dapat gaji di
Malaysia.

Kalau YMDS harapkan kerajaan sahaja, nak bantu padang futsall pun tidak terbina kerana wangnya berpuna CSR syarikat.