Template by:
Free Blog Templates

12 February 2011

Perdana Menteri




Menghadiri mesyuarat perhubungan UMNO Perak di PWTC petang tadi.

Mesyuarat pertama tahun 2011 yang dipengerusikan oleh ketua UMNO Perak, Datuk Seri Zambry Abdul kadir diadakan di tingkat 38 bangunan UMNO selepas sesi perjumpaan tertutup dengan presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mesyuarat perhubungan itu antara lain membincangkan masalah pengganguran dikalangan remaja di Perak dan usaha mengatasinya.

Usaha Menteri Besar mendapatkan peluang pekerjaan kepada mereka yang masih menggangur amatlah dialu-alukan.

Persidangan-persidangan Agung tahunan cawangan yang bermula Mac ini turut dibincangkan.

Ketua-ketua UMNO bahagian juga berterima kasih kerana berpeluang mengemukakan masalah dengan perdana menteri dalam perjumpaan tertutup itu.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Masalah pengangguran ada kaitan juga dengan penghijrahan dari kampung ke bandar.

YB Lim Kit Siang banyak meemperkatakan dalam blognya tentang pembangunan KL menjadikan ia bandar CONGESTED semasa ia memberi komen tentang bajet 2011.

Sepatutnyalah kerajaan menimbang kembali untuk membangunkan lapangan terbang di Briah kerana ia dapt memberi pekerjaan kepada mereka yang ada di Utara Perak dan Seberang Perai Selatan, dan lagi tidak memberi peluang kepada mereka berpindah ke Ipoh dan Kuala Lumpur yang sudah 'congested'. Briah lebih sesuai kerana lapangan terbang itu boleh diperbesarkan tanpa menghalau masyarakat yang ada dipersekitarannya seperti di lapangan terbang Ipoh.

Harga getah dan kelapa sawit sudah pun meningkat. Tak bolehkah kita percepatkan pembinaan Kolej RISDA supaya ramai antara kita boleh mendapat pekerjaan di sana.

Kalau boleh utamakan kursus bioteknologi (penghususan perhutanan, haiwan, pertanian, perikanan dan yang berkaitan) kerana orang kita, ada dalam pakar tersebut. Kursusnya janganlah samakan dengan di Alor Gajah (Itu selalunya syarat kerajaan supaya tidak bertindih). Kita juga ada pakar komputer tidak sama seperti yang terdapat di Alor Gajah dan pakar pembangunan infrukstruktur dan kursus untuk "training for the trainers (FSTD, MSTD dan ASTD) untuk pegawai perkembangan.

Saya rasa perlu juga YMDS mendapat sokongan YB T.S Rahim Tamby Chik dan seterusnya berbincang dengan kementerian yang berkenaan.

Kalau kita tak gunakan wang untung Felcra masa sekarang ini ia mungkin digunakan untuk PRU 13'

YMDS sepatutnya membincangkan tentang pendapatan orang kampung yang ada 6 eekar kelapa sawit antara $4,000 hingga $6,000.00 tetapi berapakah mereka di FELCRA Sungai Malau dapat sebulan? Kita ada 431 ahli. Sepatutnyalah kawasan tapak semaian boleh dibina untuk bandar kecil (kedai 10 pintu atau lebih melebihi yang ada di KG). Kalau kita bandarkan kawasan tersebut sudah tentu ia akan menjadi pekan kecil seperti Seberang Perak.

Saya minta YMDS lebih kreatif untuk membangunkan FELCRA Sg. Malau.Saya fikir Pengurusnya sangat tradisional sebab itu ia tidak membangun sejak zaman lapan puluhan. Generasi yang pertama pun sudah mulai meninggal dunia.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Saya tak tahulah sama ada wakil parlimen kita membincangkan tentang tanah terbiar atau tidak.

Saya rasa tanah terbiar yang boleh segera diatasi ialah tanah paya yang tenggelam.

Yang kedua ialah tanah yang tidak dipecah bahagian.

Masalah tanah paya senang diatasi jika anak sungai sudah sedia berada di tempat tersebut.

Sebagai contoh tanah paya Tebing Tinggi yang berhampiran dengan markas PAS.

Di tengah-tengah kawasan paya tersebut sudah sedia ada anak sungai Dendang yang sudah dititupi semak2 yang mengalir dari hutan paya di belakang rumah ayahanda YMDS hingga ke Sungai Krian ( lebih 200 hektar).

Kerja yang perlu dilaksanakan JPS ialah hanya membersihkan anak sungai tersebut diamping mendalamkannya. Ia tidak perlu meminta kebenaran tuan tanah asalkan yang dibersihkan ialah anak sungai tersebut. Lagi pun sungai tersebut ialah sungai semuajadi.

Contoh yang kedua ialah tanah terbiar kerana terlalu mahal untuk membayar kerja2 pecah bahagian.

Bisanya satu lot tanah dikongsi oleh lebih seorang anak. Sebagai contoh dua daripada anak tuan tanah tidak mahu mengusahakan tanah pesaka tersebut. Yang tiga lagi mahu mengusahakannya. Tanah yang demikian boleh pecah dua (DUA ORANG SATU BAHAGIAN dan yang satu lagi untuk tiga nama) asalkan tiap2 satu bahagian sekurang2nya mengandungi lebih dari seekar.

Perkara ini perkara lama. Saya macam mengajar anak ketam berjalan dengan betul. Pembaca pun sudah bosan. Tapi perkara ini tidak dapat diatasi sejal zaman Dato Hj Hussein dahulu.

Pecah bahagian memang mahal jika diswastakan. Takkanlah kerajaan tidak dapat mengatasi perkara ini sejak dahulu kala seperti di Melaka.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Saya rasa walaupun ketua bahagian berjumpa PM 100 kali pun masalah tanah terbiar disebabkan haiwan perosak tidak dapat diselesaikan.

Pernah saya terbaca lebih 700 aduan telah diterima kerajaan tetapi masalah tersebut tidak dapat diatasi hingga sekarang.

Kami yang mempunyai tanah satu dua ekar sahaja tak akan boleh menanam kelapa sawit didalamnya kerana tidak produktif dari segi perkhidmatan dan pengangkutan.

Oleh yang demikian kami menanam pokok buah2an (dusun).

Kalau kerajaan tidak boleh membuat apa2 pun berikan sahaja peruntukan kepada perhilitan untuk memberi ganti rugi pokok yang dirosakkan babi hutan dan kera.

Selain daripada itu jalankan latihan menembak bagi rela. Sasaran mereka hendak tupai dan kera. Jangan bawa mereka ke lapangan sasaran menembak kerana kita tidak boleh membunuh dua burung dengan seketul batu (pepatah Inggeris)

Cadangan saya seterusnya ialah mengurangkan cukai tanah di mana terdaptat banyak babi hutan dan kera. Yang sebenarna ADO Selama tahu di mana kera banyak terdapat di jajahan Selama. Tapi beliau tidak kreatif untuk mengurangkan cukai kerana ini adalah undang2 kerajaan yang tak boleh dibincangkan dalam dewan.

Ramai orang tidak balik kekampung kerana pokok buah2an lengang.

Sekian untuk makluman YMDS.
Kita takut wakil rakyat asyik berpolitik manakala masalah lama masih tidak boleh diatasi.

Mereka lupa masalah lama timbul pula masalah baru.

Masalah baru ialah masalah 'perkauman' Kita takut satu kursi MCA pun tak dapat kecuali di tempat terdapat ramai orang Melayu. Adakah perkara ini dibincangkan. Sepatutnua pilihan raya tak boleh diadakan jika MCA belum sedia untuk menang. Yang MIC pun untun kerana sokongan kaum Cina dan Melayu. Kalau tiada mereka pun bungkus.