Template by:
Free Blog Templates

15 February 2011

Islam

Syukur alhamdullilah Kita sekali lagi dapat menyambut Maulidur Rasul, semoga ia akan mengembalikan semula sejarah kegemilangan pada ketika dan saat Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. menghadapi segala bentuk ancaman dalam menegak dan memperjuangkan Agama suci Islam.

Betapa Baginda telah berulangkali berpesan kepada para Sahabat dan Pengikutnya agar jangan berpecah belah dalam pada ketika apa jua, sekalipun dalam kemenangan kerana musuh sentiasa berada di mana-mana dan memerhati serta menuggu saat dan masa untuk menyerang.

Alhamdullilah Negara kita yang tercinta ini kini berada dalam keadaan yang stabil sejahtera dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sejak mengambil alih pentadbiran Kerajaan, kebajikan rakyat diutamakan.

Perdana Menteri sendiri turun ke padang melihat kesangsaraan rakyat, bertindak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Barisan kepimpinan beliau juga diarah untuk sentiasa mendamping rakyat pada bila-bila masa.

Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan setra slogan 1 Malaysia bukan sahaja semakin diterima, malah dicemburui oleh pihak-pihak yang sentiasa tidak senanggi dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib rakyat.

Berjihad harus dilihat dalam bentuk yang positif. Islam tidak pernah menggalakan Umatnya bertindak liar dan di luar batas-batas Undang-Undang yang ada.

Apa yang berlaku di Mesir dan beberapa Negara Arab yang lain, tidak seharusnya dijadikan panduan kerana kebajikan rakyat diabaikan, sedangkan kita sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.

Kita ada budaya kita sendiri, maka ikut dan amalkanlah ia mengikut acuan yang telah kita sama-sama bentuk dan bina selama ini.

Hanya melalui semangat perpaduan yang murni, Negara akan terus aman, sejahtera dan mampu maju ke hadapan dan tidak mustahil menyainggi Negara-Negara lain.

Salam Maulidur Rssul.

0 comments: