Template by:
Free Blog Templates

20 February 2011

Lawatan



Melawat Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar yang menjalani rawatan di rumahnya di Kampung Jelai.

Mohd Ali, 70 tahun baru sahaja pulang ke rumahnya selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Ali yang juga Ketua UMNO Cawangan Jelai kelihatan ceria dan bersyukur kerana seleslai menjalani pembedahan.

Kampung Jelai dibawah kepimpinan Mohd Ali telah muncul Johan dalam pertandingan anugerah cemerlang Kampung peringkat Negeri Perak dan mewakili ke peringkat Kebangsaan tahun lalu.

Turut sama melawat beliau ialah Ketua Kampung Kampung Perak, Zakaria Ibrahim, Ketua UMNO Cawangan Gua Petai yang juga Ahli Majlis Daerah Selama dan Naib Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak.

Semoga beliau segera sembuh dan dapat menjalani tugas.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ada dua persoalan yang kita hadapi untuk memajukan sesebuah kampung.

Pertama, adakah orang tua relevan untuk dijadikan ketua kampung untuk menghendap pencuri ketol getah dan pencuri kelapa sawit?

Kedua, adakah orang yang selalu sakit2 perlu dilantik semula untuk menjadi ketua kampung?.

Perkara inilah yang saya risaukan tentang kenapa banyak kampung kita menghadapi masalah yang sama sejak dahulu kala lagi.

Orang tempatan tentu sudah tahu masalah kampungnya tapi ketua kampung kita masih tak tahu ketol dan buah kelapa sawit selalu hilang. walaupun mereka tahu mereka takut hendak membuat sesuatu.

Pergolakan Timur Tengah akan meningkatkan harga getah dan buah kelapa sawit.

Sejajar dengan harga yang naik bilangan pencuri pun semankin bertambah.

Kalau orang muda kita pilih munkin mereka ini boleh menjadi macam Hang Tuah untuk menangkap pencuri2 ini. Tapi kalau umur 70 pencuri pula yang akan menangkap mereka.

Saya suka ketua kampung macam 'hulubalang' zaman dahulu.

Sebut saja namanya sudah terkencing2 kita mendengarnya.

Kalau kita sebut TAN MISAI semua orang Kubu Gajah sudah takut. Kalau ada yang curi getah ha! tak tahulah apa yang akan terjadi.

Begitu juga kalau kita sebut PAK AJI MAKMUN. Kalau kita bersiol di depan rumahnya pun, kita kena kejar hingga ke hujung kampung.

Bagi saya yang mementingkan keamanan, saya mahukan mereka yang bukan hanya dapat meningkatkan ekonomi tapi juga untuk menjaga keamanan.

Terima kasih.