26 February 2011
Rumah Miskin
Sebaik diberitahu ada penduduk yang tinggal menumpang di rumah orang, Saya telah melawat sebuah rumah di Kampung Titi, Ijok.
Saidin bin Ali, 44 tahun telah merayu mengenai rumah yang beliau tinggal dan mohon untuk mendapatkan bantuan membaiki rumah peninggalan Ibunya. pada masa ini beliau terpaksa menumpna rumah adik beliau yang kini tinggal di tempat lain.
Rumah adiknya itu pula hanya sekadar sebuah pondok. Saya telah meminta Ketua Kampung Kubu Gajah dan Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok untuk menyenaraikan nama beliau bagi mendapatkan bantuan dibwah E-Kasih.
Saidin begitu terharu menerima lawatan Saya yang begitu perhatin keatas masalah yang beliau hadapi. Beliau hanya bekerja Kampung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Semasa umur Encik Anthony di lengkok Simpang Lembah Keluang 44 tahun beliau sudah pun siap membina rumah yang didiami oleh anaknya pada masa sekarang.
Saya risau umur kita masih kuat tapi kita tidak dapat membina rumah sendiri. Kalau kita mengait buah kelapa sahaja senang2 dapat 60 ringgit sehari, bagi orang yang pemalas macam saya, mengail ikan talapia pun boleh dapat lima ekor dalam masa sejam. Kalau buat pekasam harganya mahal sedikit.
Cara bodoh2 pun buat pekasam dapat menambah pendapatan kita. Sekarang ini tak payah rajin sangat pun senang dapat duit.
Yang susah ialah kerana tiada bas dari Kubu Gajah ke Cangkat Lobak.
Kalau ada wakil rakyat yang dapat meminta pihak yang berkenaan meneruskan jadual bas alangkah baik.
Dari Taping berhenti saja di Kubu Gajah sudahlah. Tapi yang Selama ke Bagan Serai hendaklah diteruskan supaya mereka dapat penumpang Selama ke Kubu Gajah.
Sejak dahulu orang Kubu Gajah suka naik bas Taping kerana tripnya lebih banyak. Jadi penumpang tidak lagi mahu menaiki bas Bagan Serai jika hendak ke Kubu Gajah.
Lagi pun Kubu Gajah akan berkembang jika ada ststion ke Taiping dan ke Batu Kurau dan Grik.
Kesimpulanya, mungkin selama Barisan memerintah orang Kubu Gajah hingga ke Cangkat Lobak sudah menjadi kaya. Semuanya ada kerita dan motosikal nampaknya.
Yang kaya hanya sedikit sahaja seperti Anak Osman Kopi, anak Haji Rejam, Sulaiman, anak Pak Dolah, tauke kerita Sungai Malau, Hj. Sabran dll.
Bila YMDS hendak bina kiosk Petronas di tanah ayahanda YMDS? kerana yang di Kubu Gajah sudah bungkus. Lagi pun kalau ada wakil pos, tempat makan dan bengkil matosikal memang ia maju. Janganlah tunggu samapai siap lebuhraya Jelapang-Kulim. Jika tunggu orang Kuala Kangsar pula yang datang kerana orang Selama kurang business minded. Mereka asyik suka berpolitik kedai kopi.
Tanah keliling rumah ayahanda YMDS ada banyak yang kosong. Tanah Baharuddin (Penang), Karim (Kulim), Anak Osman Kopi (Petronas Nibong Tebal), Anak Pak Aziz (Petaling Jaya), Jenabun (Selayang). Mereka ini akan jual tanah mereka jika YMDS letakkan harga yang menarik. Kalau harga rendah mereka tak akan jual sebab mereka katakan mereka mahu simpan buat kenang2an.
Sekian.
Post a Comment