Peranan Media dalam konteks membantu pembangunan Masyarakat dan Negara amatlah penting, justeru mendampingi mereka adalah pendekatan terbaik.
Selain Media Elektronik dan Cetak, peranan Media Baru juga tidak harus dipandang ringan, kerana laman Web dan Blog serta Facebook juga kini semakin mendapat perhatian umum.
Selain mempunyai hubungan yang erat, sedaya upaya kita perlu juga menyokong aktiviti luar mereka, terutama yang melibatkan masyarakat.
Saya amat tertarik dengan rakan Wartawan tempatan dan para penulis Blog yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan.
Dengan kerjsama sedemikan rupa selain dapat mengenali mereka dengan lebih dekat, Masyarakat juga mudah memahami peranan mereka.
Media Perak Saya lihat amat aktif dalam menjalankan aktviti terutama Sukan. Kelab yang mereka dokonggi boleh dikatakan saban hari, mengadakan perlawanan persahabatan dengan pelbagai pihak.
Mereka juga bertuah kerana mendapat perhatian daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga kadangkala turut bersama turun ke padang berlatih dengan Media tempatan, sekitar Bandaraya Ipoh.
Semoga kerjasama erat Media tempatan dengan Masyarakat, akan memudahkan lagi proses pembangunan dan penyampai maklumat kepada rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Disamping mereka yang bergiat dalam sukan kita harus memandang serious juga kepad kemajuan dalam bidang ekonomi dan bidang yang boleh membantu untuk medapat pekerjaan.
Saya lihat ramai juga orang kita sudah duduk atas pagar kerana anak2 meraka tidak mendapat pekerjaan dalam kerajaan.
Dulu mereka menyokong barisan tapi sekarang mereka tak kira parti apa2 pun asalkan keadaan bertukar iklim. Bukan mereka tak suka barisan tapi mereka jemu dengan barisan.
Mereka inilah yang akan membantu PAS untuk memenangi ADUN KG di PR 13.
Kalau lapangan terbang Briah menjadi realiti sudah tentu mereka akan dapat pekerjaan dan akan membantu kemenangan Alor Pongsu dan Kubu Gajah. Alor Pongsu lagi teruklah kerana jalan susur keluar pun tak siap dan lapangan terbang Briah pun MELEPAS. Amanjaya hendak membangunkan Lembah Briah tapi macam mana nak lawan tauke (Manjung, Lembah Kinta, Bagan Datok dan Jelapang)
Saya rasa AMANJAYA lebih baik ditukar pepada IPOHJAYA dan MANJUNGJAYA. Ramai kawan2 pun nak pindah ke sana kerana inilah hakikatnya. Siapa kuat akan menang. Nampaknya macam tak kira apa2 parti pun.
Terima kasih
Post a Comment