Barisan Nasional (BN), insyallah akan menang dalam Pilihanraya Kecil (PRK) di DUN Kerdau dan Merlimau berdasarkan keyakinan rakyat terhadap Parti tersebut untuk memperjuang dan membela nasib mereka.
Begitupun, ini bukanlah bermakna Kita Takbur, tetapi insyallah berdasarkan semangat dan keyakinan rakyat terhadap BN sejak kebelakangan ini, namun Jentera tetap kena bekerja kuat dan menemui setiap pengundi untuk menawan hati mereka.
Selepas PRK di Parlimen Hulu Selangor dan diikuti di beberapa lagi kerusi DUN yang lain, BN ternyata kembali mengatasi Parti-Parti lawan yang lain.
Kepimpinan Perdana Menteri, Datatuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semakin disenanggi oleh rakyat terhdap dasar-dasar yang diperkenalkan.
Beliau begitu perihati keatas kebajikan dan rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Warga FELDA juga tidak ketinggalan menikmati pelbagai kemajuan dibawah kepimpinan Perdana Datuk Najib hinggakan dicemburi oleh pihak lawan.
Ternyata hasrat Datuk Seri Najib yang mahu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan telah membuka mata ramai pihak, lebih-lebih lagi dengan sikap terbuka Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah tidak kira kaum.
Berpegang kepada Flasafah 1 Malaysia, semua kaum menerimanya dengan gembira dan yakin bahawa Kerajaan BN masih mampu menjadi teras kepada perjuangan rakyat berbilang bangsa.
Justeru, Sabtu ini pada hari bermulanya penamaan Calon, hinggalah bermulanya kempen, kita akan lihat sendiri keyakinan pengundi terhadap Parti yang akan mereka pilih.
Diharapkan semua pihak akan berkerjasama dan mematuhi segala peraturan berkempen sepertimana yang telah diteapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
YMDS,
Johor dan Melaka selalunya telah menjadi 'fixed deposit' bagi barisan. Manakala Pahang dan NS mulai diserang PAS.
Bagi pengundi muda mereka masih mengundi isu dan siapa calon yang dipilih. Silap pilih calon kumpulan intelek muda mungkin memilih pihak yang lagi satu, ia itu calon yang terbaik antara mereka yang dicalonkan.
Sekian. Terima kasih.
YMDS,
Slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan memang sangat baik dipraktikkan untuk mengelakkan nepotisma dan kronisma.
Masih ada rakyat Malaysia menganggap jika seseorang calon dipilih daripada anak Dato' atau Tan Sri kerajaan mungkin mengekalkan kepemimpinan nepotisma.
Kalau dipilih dari mereka yang kuat berpolitik mungkin mereka kekal asyik berpolitik tanpa menghiraukan pembangunan ekonomi rakyat.
Dalam pandangan saya memadailah dipilih daripada mereka yang tidak kuat berpolitik tapi ada 'track' rekod yang boleh membangunkan tempat mereka berdasarkan projek atau program yang mereka telah jalankan.
Kalau kita masih memilih calon yang kuat berpolitik sudah tentu beliau akan berterusan berpolitik tanpa mengiharaukan kemajukan kawasan secara total tapi hanya untuk orang kanannya (kroninya) sahaja.
Saya harap YMDS buat penyelidikan di tempat kita untuk menyokong atau menolak hipotesis saya yang tidak sepertinya ini.
Jika rakyat didahulukan sudah tentu ramai ahli FELCRA Sungai Malau membina rumah mereka di situ oleh kerana mereka ini betul2 tidak mempunyai tanah.
Kalau 413 orang membina rumah di Felcra Sungai Malau sudah tentu kawasan tersebut dapat menhasilkan sebuah bandar kecil. Bayangkan 413 orang yang mempunyai 4 orang anak secara hitung panjang. Penduduk Sungai Malau sepatutnyalah sudah menjadi 1652. Pak Yusup Tonggek pun sudah ada cucu. 1652 kali dengan 2 cucu. Bayangkanlah penghuni FELCRA Sungai Malau.
Kerajaan hendaklah memberikan tanah kepada mereka yang tiada tanah. Kalau saya tiada tanah sudah tentu saya pindah ke FELCRA Sungai Malau. Senerio ini terdapat dibanyak tempat. Bukan Sunagi Malau sahaja.
Kalau YMDS tidak percaya. Cuba YMDS berikan tanah kampung tersusun kepada saya sudah tentu saya berpindah ke sana tapi kerajaan memberikan tanah kepada mereka yang sudah ada tapak rumah dan yang ada rumah.
Sebab itu saya mohon YMDS turun padang lihat sendiri siapa yang tiada tanah atau yang ada rumah buruk sahaja. Kalau kita tanya JKKK mereka akan memberikan nama ahli kaum kerabat mereka terlebih dahulu. Yang lebihnya mungkin kepada kerabat mereka yang ada di pejabat tanah.
Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?
YMDS,
Bila kita pilih calon muda mereka ikut cara calon 'tua' berkhidmat iaitu rutin yang sama seperti orang lama, lihatlah YB Hulu Selangor dan Rembau.
Kita pilih calon "tua" mereka pakai proksi untuk mentadbir kawasan mereka.
Kalau pilih yang muda mereka mesti kreatif tidak ikut pola lama untuk mentadbir.
Untuk mengelakkan calon proksi pilih orang tempatan dengan menentukan IC, tempat mengundi; bil2 eletrik, air, cukai tanah dan pintu calon beralamat di tempat ia dilahirkan. Kalau kita pakai wakil rakyat proksi beliau tidak kenal siapa yang miskin di kawasan beliau. Beliau juga tidak tahu siapa yang cemerlang, terbilang dan gemilang dikawasannya untuk diketengahkan menjadi penasihat seperti PKNP, IDR dan badan2 pembangunan yang lain.
Sebab itu yang paling membangun di Perak ialah lembah kinta dan Lumut kerana kita agak orang sebelah sana sahaja yang cemerlang, terbilang dan gemilang.
Cuba lihat AsiPac sahamnya hanya antara 7 sen hingga 16 sen. Untungnya pun sekincit. Siapakah pengurusinya? Saya ingat ramai orang Kubu Gajah yang lebih cemerlang dari beliau, Saya belum sebut lagi latar belakang pengarah2 yang lain. Saya juga pernah mempunyai saham PKNP. Tak tahu apa sudah terjadi?
Saya fikir kalau ambil orang Selama seperti Dato Sekuriti sudah tentu PKNP akan menjadi untung. Kalau ambil orang kanan JPA yang banyak bendera dirumahnya (Jalan ke Selama) semasa pilihanraya pun saya rasa boleh mendapat untung.
Sekian untuk makluman YMDS.
selamat berkempen..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Transformasi besar kpd generasi muda - Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk Sinar Harian yang Nak MampuS...BACUL!!
http://Blog1Malaysia.blogspot.com/
Post a Comment