Template by:
Free Blog Templates

17 February 2011

Kira-Kira Wang

Jangan angggap Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) tidak penting dan dipandang remeh. Sebaliknya jika ada mana-mana Ketua Jabatan yang dipanggil, tetapi sengaja menggelakan diri, nama mereka ini akan diserahkan kepada pihak atas untuk tindakan.

Justeru, Ketua-Ketua Jabatan yang dipanggil berdepan dengan PAC haruslah melihat pentingnya kehadiran mereka untuk membantu memberi penjelasan keatas perkara yang ditimbulkan oleh Jabatan Audit.

PAC Perak sejak tahun lalu telah bertindak memanggil Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri bagi memberi penjelasan keatas beberapa isu yang melibatkan Agensi mereka dan setakat ini kerjasama yang diberikan agak memuaskan.

Bilangan mereka yang tidak hadir pada sesi soal-jawab agak kecil, itupun kerana timbul sedikit salah faham dan kekeliruan.

Ada juga Ketua Jabatan yang dipanggil kali kedua dan seterusnya, sehingga PAC berpuashati dengan penjelasan yang diberikan.

Saya berkata demikian dalam sesi bersama Media tempatan di Pejabat PAC di Bangunan SUK di Ipoh, tengahari tadi.

Lawatan mengejut akan diteruskan keatas laporan Audit bagi melihat sendiri projek yang terlibat.

PAC juga mengenal pasti beberapa projek termasuk yang terbengkalai dan siap, tetapi tidak digunakan oleh beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak dan mereka ini akan dipanggil tidak lama lagi bagi memberikan keterangan kepada Jawatankuasa berkenaan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

PAC boleh tengokkah rumah mesra rakyat yang tidak didiami?

Kalau YMDS lihat buku/ledger memanglah baik tapi kalau turun padang ada juga rumah mesra rakyat yang ditumbuhi senduduk.

Yang susahnya orang yang betul2 hendak rumah (tak ada rumah misalnya duduk rumah pak mentua)tetapi pendapatannya lebih sedikit daripada kriteria, tidak dapat memohon.

Tetapi mereka yang mendapat pendapatan bawah daripada kriteria (ada kedai runcit, kebun kelapa sawit lebih 10 ekar) mudah mendapat rumah mesra rakyat.

Adakah mereka yang meluluskan permohonan tahu pendapatan kedai runcit dan yang mempunyai lebih 10 kebun kelapa sawit?

Saya rasa jika mereka tak tahu mereka tak layak jadi ketua kampung atau individu yang meluluskan permohonan tersebut.

Sekian.