Template by:
Free Blog Templates

14 February 2011

Hoki















Masyarakat digesa agar mengikis sikap jangan menganggapkan sukan sekolah tidak membawa apa-apa keuntungan dan faedah besar.

Lupakah masyarakat bahawa bintang yang lahir pada hari ini adalah mereka yang dibenihkan dari sekolah? melalui sukan-sukan yang dianjurkan.

Justeru janganlah melihat sukan sekolah sebagai kelas kedua yang hanya diadakan untuk memenuhi syarat ia perlu diadakan.

Saya berkata demikian di majlis penutup dan penyampaian hadiah Liga Hoki Sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan Zon Selama yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 11 FELDA, Ijok petang tadi.

Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 11, Cikgu Sudriman bin abd ghani, Penolong Kanan Ko-Korikulum Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 11, Burhanuddin bin Shamsuddin, Ketua Kampung FELDA, Ijok Haji Shukur Haji Jaman dan Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak, Musffa bin Rahadi

Memanangkan jasa yang begitu besar yang telah dilakukan oleh Sekolah-sekolah Rendah adalah disarankan banyak lagi kemudahan disediakan untuk pertandingan dan juga latihan.

Saya tidak nafikan betapa semangat tinggi pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam sukan yang diadakan, sekalipun kekurangan kemudahan, tetapi keadaan ini tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan, terutama bagi sekolah-sekolah yang terpaksa berkongsi padang.

Saya juga turut menyarankan agar sesuatu sukan itu tidak hanya dimonopolikan oleh sesabuah kaum, sebaliknya dilebarkan lagi bagi tujuan perpaduan kaum.

Umpamanya, sepak takraw tidak hanya dikuasai oleh kaum Melayu sementara Ping Pong oleh Kaum Cina.

Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 11 FELDA, Ijok muncul Juara bahagian Lelaki dan Perempuan pertandingan yang diadakan sehari suntuk di bawah panas Matahari terik.

Naib Johan lelaki disandang, Sekolah Kebangsan Rantau Panjang manakala tempat kedua bahagian perempuan jatuh kepada Sekolah Kebangsaan Sri Selama.

Johan akan mewakili zon tersebut ke pertandingan antara zon Daerah Larut, Matang dan Selama yang akan diadakan di Batu Kurau dari 28 Februari dan 2 Mac ini.

0 comments: