20 February 2011
Puteri
Jangan memandang rendah terhadap mereka yang menceburkan diri dalam bidang seperti menjahit, menyulam dan menjadi Mak Andam, kerana kemahiran mereka tidak ramai yang memilikkinya.
Mereka yang lepasan Universiti tidak semestinya dianggap berjaya, sekiranya mereka gagal mendapat pekerjaan atau berdikari.
Saya berkata demikian di majlis perasmian penutup bengkel Kajian sikap Wanita Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Larut di sebuah Pusat Percutian di Batu Kurau, petang semalam.
Pelatih-Pelatih yang menyertai kursus di Pusat Giat MARA juga mampu pergi lebih jauh dengan kemahiran yang mereka perolehi.
Justeru, sikap memandang rendah keatas mana-mana individu harus dikikis jika Masyarakat kita mahu berjaya.
Mampu bersaing juga satu lagi faktor untuk berjaya kerana ini terbukti dengan rekod pencapaian bangsa lain.
Saya juga berharap mereka yang tercicir di bidang pendidik harus diberikan peluang keuda untuk memperbetulkan kesilapan.
Bengkel dua hari itu diadakan bagi membolehkan ahli-ahli Puteri menimba pengalaman menjelang Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ADUN KUBU GAJAH YB RAJA AHMED ZAINUDDeN PERLU DI GANTI
Merujuk kepada pekara di atas saya mewakili generasi muda penduduk DUN Kubu Gajah memohon Datuk Seri tidak mencalonkan semula YB Raja AhmEd untuk menjadi Adun di kawasan kami. Saya memohon demikian kepada Datuk Seri atas beberapa alasan.
1. Kami mahu generasi muda yang berpendidikan sebagai pemimpin. Ini adalah kerana kami mengetahui bahawa Adun kami sekarang Raja Ahmad hanya mempunyai sijil STPM sahaja. Oleh itu kami berpendapat sekiranya dia menjadi wakil kami dia tidak mampu membawa kami kearah kemajuan selaras dengan kemajuan negara ini iaitu wawasan 2020. Apabila tiada pendidikan yang tinggi dan di pilih menjadi wakil parlimen sekali pon dia tidak akan memegang jawatan menteri atau timbalan menteri dan ini akan merugikan kami selaku penduduk di sini. Selain itu UMNO sebagai sebuah parti yang memberi pendidikan kepada anak melayu dengan membina sekolah, kolej dan universiti amatlah malang kerana tidak menggunakan produk yang di hasilkan.
2. Tiada pembangunan dan banyak masalah rakyat tidak di selesaikan. Hanya pandai memberi alasan. Contohnya jalan kampung kelian cheni dalam dun kubu gajah sampai hari ini tidak di lebarkan. Selain itu geran tanah yang menjadi maslah kepada penduduk di sini hingga hari ini masih belum di berikan. Untuk makluman dato Seri banyak tanah ini sudah di beli oleh non bumiputra dan sudah penuh di tanam sawit. Pendudk kampung yang sudah tiga empat generasi masih belum dapat geran tanah.
3. Tidak terpilih sebagai exco Perak walaupon sudah lama menjadi adun dan pernah menjadi wakil Parlimen. Ini menunjukan bahawa beliau tidak di percayai oleh pihak atasan iaitu menteri besar baru (dato Seri Dr Zamry)
4. Mengikut maklumat angin yang di terima sewaktu negeri Perak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat dia (raja ahmad) pernah mengungut untuk melompat parti. Ini menunjukan bahawa dia bukan seorang yang setia kepada parti.
5. Wakil rakyat yang di pilih oleh Mahkhamah bukanya oleh penduduk di sini. Pada pru 12 beliau hanya memenangi kerusi ini setelah pihak mahkhamah memberi kemenangan kepada beliau.
6. Sekira di calunkan semula BN mempunyai harapan untuk kalah di DUN Kubu Gajah dan ini akan menggagalkan BN untuk terus memerintah negeri Perak. Ini kerana penduduk kawasan ini secara mejority menolak beliau dalam pru yang lepas sehingga beliau di katakan mendapat 64 undi.
Sehubungan dengan itu saya harap dato seri akan pertimbangkan dengan sewajarnya permintaan kami ini...
Yang menulis
Ikhlas
Pekan Kubu Gajah
Saudara Anonymous,
Cuba saudara namakan siapa yang layak untuk menggantikan Yang Mulia Datuk Seri.
Cuba saudara duduk kedai kopi Kubu Gajah.
Ada dua wakil kita di situ.
Cuba bilang siapa antara mereka yang selalu duduk di pejabat kalau tidak turun padang.
Saya rasa kedua-duanya nak jumpa di pejabat pun susah.
Dengan yang demikian saya sangat besar hati dan sangat berhajat untuk mencalonkan saudara menjadi wakil rakyat untuk menggantikan kedua2 mereka yang susah hendak saya jumpai.
Saya harap saudara tidak keberatan untuk menerima pelawaan saya. Saya boleh membantu untuk mendapatkan undi calon kaum Cina dan India untuk membantu saudara kerana orang Cina lebih memandang kepada kelulusan seperti yang saudara harapkan.
Lagi satu kriteria yang saya harapkan mereka yang kita calonkan mestilah orang tempatan yang bil air, eletrik, cukai tanah, cukai pintu beliau tertulis dalam bil2 tersebut.
Kubu Gajah dan Selama tidak maju disebabkan wakil rakyatnya tidak bermastutin di situ, tapi saya rasa bukan dari segi pencapian profesional.
Sebagai contoh YB Dato Jihin, ahli parlimen kita dahulu. Dr. Zahari pun kelamkabut dengan careernya, Sepatutnya beliau menumpukan sepenuhnya untuk mendapatkan bantuan CSR dan mengadakan pertubuhan kerjasama dan gotong royong walaupun kurang mendapat bantuan dari kerajaan.
Sekian pendapat saya.
Terima kasih.
Post a Comment