Template by:
Free Blog Templates

20 February 2011

Alfatihah

Alfatihah, adinda Saya, Allahyarham Raja Idris Shah bin Raja Haji Omar yang kembali ke Rahmatullah, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Bendahara, Ipoh, pagi tadi.

Allahyarham, 42 tahun meninggalkan seorang Isteri dan tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.

Allahyarham adaah seorang yang aktif dalam sukan terutama Bola Sepak dan diantara rakan sekolah beliau ialah Artis Shamsul Ghau-Ghau.

Saya mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua dari jauh dan dekat yang telah menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Ipoh.

Kepada Jawatankuasa Mesjid Sultan Azlan Shah dan Surau Taman Cempaka serta Ketua Kampung Temiang yang telah membantu mengurus jenazahnya, Saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih.

Semoga rohnya disisi Orang-Orang yang solleh. Alfatihah.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya berasa sedih dan terharu atas kepergian YM adinda YMDS kerana kami baru sahaja bercerita2 tentang YM Raja Idris pada petang Sabtu (semalam) dengan Imam surau Tebing Tinggi dan Cikgu Wahid Nordin.

Saya dan keluarga saya mengucapkan takziah kepada YMDS dan berdoa semoga roh YM akan cucuri Allah.

Sekian.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih semoga rohnya disisi orang-orang yang solleh.

lailatulkadar said...

YMDS,

Salam YMDS,saya amat terkejut dengan berita ini, saya baru tahu berita ini pada hari ini ketika membaca blog dato seri.

Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada YMDS serta keluarga.

sekian,
lailatulkadar dan keluarga.