Template by:
Free Blog Templates

25 February 2011

Kempen BN Perak

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengetuai kempen BN Negeri membantu Calon-Calon BN dalam Pilihanrata Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang dan Merlimau di Melaka bagi mempastikan kemenangan cemerlang.

Kempen akan bermula sebaik hari Penamaan Calon di kedua-dua DUN besok. Kedua-dua kerusi itu dikuasai oleh BN dalam Pilihanraya UMUM (PRU) yang lalu.

Boleh dikatakan dalam setiap PRK, BN Perak tidak pernah terlepas peluang membantu Jentera BN bagi mempastikan kemenangan.

Dr Zambry yang juga Menteri Besar Perak awal-awal lagi atelah mengarahkan Jentera BN dari Perak membuat persediaan di kedua-dua DUN berkenaan.

Pergerakan Pemuda UMNO Perak dibawah kepimpnan barunya, Azuan Harun juga menghantar jentera berkempen di kedua-dua tempat tersebut termasuk dari kalangan Pemudfa BN Negeri.

Saya percaya dengan program yang tersusun rapi serta Pemimpin tertinggi Parti yang bersedia turun ke padang, BN insyallah dapat menggekalkan kedua-dua kerusis tersebut.

Apapun yang penting ialah menggelakan sebarang perpecahan dalaman kerana faktor ini amat penting dalam mana-mana Parti yang b ertanding.

Lawan akan mengambil kesempatan keatas sebarang pergeseran yang wujud. Justru rapatkan perpaduan yang sedia terjalin di semua peringkat sebagai benteng kekuatan.

0 comments: