21 February 2011
Jentera
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang amatlah penting bagi menentukan hala tuju rakyat di Negara ini.
BN memilikki rekod cemerlang selama memenanggi PRU, hinggalah dicabar oleh Pakatan Pembangkang pada PRU yang lalu dan BN hilang kuasa di beberapa buah Negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Perak selepas 11 bulan berjaya dikembalikan kuasa pemerintahan kepada BN, kata Saya ketika berucap dalam satu majlis Taklimat Jentera Pilihanraya DUN Kubu Gajah, petang semalam.
Begitupuin, kata Saya menghadapi PRU kali ini tidak semudah yang dijangka, terutama bagi mempastikan kekuatan parti bermula dari dalam.
Jika masalah dalaman tidak segera diatasi, ia akan menjadi halangan besar untuk menghadapi lawan.
Justeru, diharap mulai sekarang segala persengketaan harus dielakan dan jika masih ada sebarang salah faham ia wajar diselesaikan segera.
Pembangkang akan mengambil kesempatan atas sebarang pergeseran dalam Parti kerana itu sudah menjadi sasaran dan matlamat mereka.
Perpaduan BN akan menjadi tembuk penghalang kepada Pembangkang untuk merobohkannya dan itulah kekuatan yang harus dimilikki oleh BN.
PRU kali ini dijangka getir kerana Pembangkang akan bertindak dengan pelbagai cara tektik mencapai hasrat mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
YMDS,
Pergeseran dalam parti selalunya jika ada 2 atau lebih pemimpin berebut kedudukan masing2.
Yang seorang mengatakan ia lebih pandai daripada yang lain.
Sebagai contoh YMDS tentulah mengatakan YMDS lebih berkalibar daripada Dato' Hamzah. Begitu juga Dato Hamzah dan seterusya hingga peringkat ke ranting2.
Lagi satu ialah nepotisma dimana pemimpin atasan mahu mengekalkan sepupunya jadi ketua wanita atau pun isterinya jadi ketua wanita dan anaknya atau sepupunya jadi ketua pemuda.
Lagi satu disebabkan kronisma.
Walau apa pembangunan pun disediakan, pemimpin atasan masih mahu mengekalkan kedudukan seperti menjadi presiden Petronas mereka (kroni)juga berebut untuk mendapatkannya.
Soalanhya sekarang Melayu ada 61% dan UMNO lebih 3 juta kalau kita hendak mengira Melayu sahaja.
Orang Cina dan India pun ramai yang pandai (walaupun MIKKA holding hampir bankerap dan Mulpha 56 sen sesaham)
Yang memecahkan Melayu kepada 5 kumpulan ialah kita tidak dapat memilih pemimpin yang betul2 dapat memimpin. Semua pemimpin mengatakan ia lebih pandai memimpin.
Ramai pemimpin kita macam pemimpin proxy sahaja. Yang memimpin diperingkat kampung sebenarnya ialah JKKK. Itu pun kalau dipilih dengan betul. Mereka yang digelar pemimpin suka 'duduk' di KL dan di Ipoh sahaja. Apa yang boleh dilakukan oleh proxy jika duit tak ada di tangan. Tunggulah bila orang Ipoh dan KL datang. Kalau tak datang kolej RISDA pun melepas.
Cara memilih pemimpin betul2 mengikut lunas demokrasi seperti yang dijelaskan PM Thailand, Presiden Mubarak, Dato Samy Vellu, Dato Taib Mahmud tentang bagaimana mereka dipilih.
Tapi masih ramai yang tidak setuju kepada mereka.
Jika Dr. Mahathir mencadangkan pemimpin harus diberikan dua panggal sahaja untuk memimpin saya mencadangkan sepatutnya mereka harus diberikan sepenggal sahaja untuk menggelakkan daripada gejala nepotisma, kronisma dan korupsi.
Kalau mereka menang pilihanraya tapi masih ramai yang tak sukakan mereka tentu ada silapnya di sana sini.
Saya harap BN yang akan datang memilih calon yang tidak mementingkan nepotisma, kronisma, korupsi dan mementingkan diri sendiri atau siok sendiri kata MB Pahang.
Yang susah hendak dilihat ialah nepotisma dan kronisma kerana kita menentukan kriteria untuk memilih pemimpin terlebih dahulu.
Sebagai contoh jika anak saya sedang belajar di Harvard sudah tentu saya akan katakan untuk jawatan Presiden Petronas akan datang ialah mereka yang berkelulusan Ivy league universiti. Kalau anak saya CEO bank Manhattan tentulah saya mahu gavornor Bank Negara yang akan datang seorang yang pernah menjadi CEO syarikat kewangan antarabangsa.
Seterusnya begitulah YMDS. Lebih baik menoreh getah sekilo 7.95 sen. Itu pun kena tipu juga.
Kritria saya untuk memilih pemimpin ialah mereka yang dapat menyelaraskan harga getah.
Sekian.
YMDS,
Saya sangat kepingin benar melihat gambar YMDS minum kopi bersama2 Dato' Hamzah di kedai Bismillah, Taiping atau di Cafe PWTC di dalam blog ini.
Walaupun beliau kurang turun padang seperti YMDS tapi beliau ada 'harta karun' yang boleh memajukan LMS selain daripada membina kilang kelapa sawit di Sungai Dendang.
Saya harap ketua cawangan hendaklah berjinak2 dengan beliau jika tempat anda hendak dimajukan.
YMDS dapat membantu secara kecil2an tapi Dato' Hamzah boleh menukar landscape LMS. Berbuat baiklah juga dengan beliau yang boleh menukar landscape Kubu Gajah. Saya lihat beliau macam kecil hati.
Sekian ramalan saya.
YMDS,
Dalam MCA dan MIC terdapat pergolakan antara pemuda dan angkatan lama.
Kumpulan lama mahu memperjuangkan kehendak mereka dengan cara tarik tali. Latah sekejap dan balik minta maaf kepada kerajaan tentang kelatahan mereka.
Kumpulan muda mahu memperjuangakan ala PAP. Mereka memperjuangkan kuota ke JPA, masuk universiti, asal usul Melayu tanpa mengetahui negara Indonesia tidak muncul sebelum penjajahan dan yang kita tahu kawasan ini ialah kawasan gugusan kepulauan Melayu. Mengikut sejarah Indonesia, kota Medan dibuka oleh orang Malaya dan orang batak. Tak timbul Indonesia. Dimanahkah kita dapati orang Melayu asli. Mengikut Sejarah Indonesia, mereka terdapat dalam 12 kingdom di pesisir pantai Sumatera dan di pantai barat Malaya kecuali sebelah utara dimana terdapatnya Melayu Petani hingga ke seluruh Siam seperti tertulis dalam sejarah Kedah Annal.
Yang sebenarnya ramai pemuda MCA tidak tahu asal usul Melayu kerana menteri kebudayaan tidak mahu langsung menerangkan asal usul Melayu ke pemuda Cina.
Mereka terpengaruh kata2 Lee Kuan Yew yang bukan ahli sejarah.
Kaum India terpengaruh pendapat Utayakumar tentang demokrasi berasaskan kehendak minoriti bukannya majoriti berasaskan kehendak parlimen dan perlembagaan.
Kita asyik berpolitik tapi tidak mahu berdialog dengan Utahayakumar dan Lim Guan Eng sebelum pilihan raya. Bukan hendak berkelahi tetapi hanya menerangkan kepada mereka asal usul Melayu.
Mereka asyik mengatakan Melayu datang dari Indonesia. Cuba baca sejarah Melayu yang ditulis oleh sejarahwan Indonesia
Selagi pemuda MCA dan MIC dipengaruhi oleh Utahayakumar dan Lim Guan Eng selagi itulah isu dalaman MCA dan MIC tidak dapat diatasi..
Sekian. Terima kasih
jentera generasi muda dan generasi baru..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Transformasi besar kpd generasi muda - Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk Sinar Harian yang Nak MampuS...BACUL!!
http://Blog1Malaysia.blogspot.com/
Post a Comment