27 February 2011
UMNO - Hishamuddin
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan bahawa adalah satu kesilapan besar jika ada di kalangan Orang Melayu yang menganggapkan Parti itu tidak memperjuangkan Agama.
Malah sebelum Pas wujud, UMNO ternyata Parti yang memperjuangkan Islam dan Bangsa serta mendapatkan Kemerdekaan dari tangan Penjajah.
Beliau turut mengesahkan kekuatan UMNO Perak dibaawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berdasarkan perpaduan yang wujud.
Datuk Seri Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berucap merasmikan persidangan serentak seluruh cawangan UMNO di Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pagi tadi.
Kehadiran lebih 5,000 orang di perhimpunan itu amat jelas sekali kenyataan beliau mengenai UMNO Perak yang mendapat tepukan gemurah.
Begitupun, Naib Presiden UMNO itu berharap mereka jangan merasa selesa dengan kedudukan Parti tersebut, sebaliknya bekerjasa lebh keras untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.
Perpaduan yang ditunjukan dalam UMNO Perak, katanya akan menjadi contoh kepada perubahan yang cuba dibawa oleh Parti tersebut selepas diambil alih oleh Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Katanya, Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memulakan program turun padang ke Negeri-Negeri mulai bulan depan sehingga selesai September ini.
Terdahlu, Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak begitu gembira kerana UMNO Perak adalah satu-satunya Negeri yang telah mengadakan perasmian serentak persidangan Cawangan-Cawangan.
Ianya bermula tahun lepas dengan diresmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bilangan yang hadir kali ini bertambah, sekaligus menolak dakwaan Pembangkang bahawa ia tidak mendapat sambutan.
Dr Zambry turut menghargai kepimpina peringkat akar umbi dan berharap sokongan itu akan beterusan bagi menjamin kekuatan Parti itu menghadapi PRU ke 13.
Beliau juga menegaskan peranan penting ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dan berharap mereka terus menjalankan program bagi menarik lebih ramai ahli.
Dr Zambry yakin dengan kerjasama dan sokongan padu Badan Perhubungan UMNO Negeri, UMNO Perak bukan sahaja kuat dan teguh, tetapi bersedia mengahdapi PRU sebaik diumukan kelak.
Program Pemimpin turun ke padang akan diteruskan bagi mendengar rintihan rakyat dan menyelesaikannya.
UMNO Bahagian Larut menghantar lebih 310 orang perwakilan sebagaimana yang diumumkan oleh Pengacara majlis ke majlis tersebut. Beliau turut mengumukan bilangan kehadiran dari Bahagian-Bahagian yang lain berdasarkan senarai pendaftaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya rasa kita masih kuat berpolitik.
Manakala orang seperti P. Utahayakumar pula memperjuangkan pembangunan untuk orang India.
Manakala Berjasa juga memperjuangkan untuk pembangunan orang Melayu.
Kalaulah kementerian dalam negeri dapat mengadakan slow talk atau berdailog secara bertutup dengan P. Utahayakumar sudah tentu mereka melihat kaum India masih tidak ketinggalan.
Semasa saya di sekolah dahulu per capita pendapatan kaum keturunan Ceylonese adalah yang paling tertinggi di Malaysia.
Wakil rakyat India lebih ramai daripada quota penduduk mereka.
Kawan2 saya kaum India perpindah ke Auatralia dan New Zealand lebih kaya daripada mereka yang berada di Malaysia.
Pengiraan per capita kita tidak mengira pendapatan hasil daripada fixed deposit di luar negara dan business di luar negara.
Kanama, yang menoreh getah dikampung saya mempunyai rumah yang lebih besar daripda rumah saya. Begitu jaga yang bekerja di kelapa sawit. Tiga daripada mereka ada lori tapi kami orang Melayu tak jealous pun macam Hindraf.
Lagi satu kementerian dalam negeri tidak dapat menangkap pencuri buah kelapa sawit. Saya rasa kita masih banyak berpolitik. Pencuri kelapa sawit bertambah ramai.
Saya nampak di Gopeng mereka menanam pokok Gaharu terpaksa membina Great World of China kerana Kementerian dalam negeri kita tidak dapat mengawal pencuri.
Motosikal di tempat saya 6 hilang daripada tiap2 10
Oleh yang demikian insurace seperti P&0 terpaksa membuat peraturan supaya compensation mestileh 20% lebih rendah daripada nilai insurance atau pun mengikut harga pasaran, yang mereka tentukan tertaluk kepada nilai terendah.
Yang sedihnya orang macam saya pun pernah kecurian motosikal dan banyak barang2 lain.. lambat tinggal rumah. Anak bini takut tinggal malam bila ke masjid kerana susah hendak naik motosokal dengan anak2 sekali... ala Siam.
Saya harap menteri dalam negeri lebih mementingkan keamanan daripada berpolitik. Biarkan mereka yang tiada title berpolitk bertungkus lumus untuk memperjuangkan agenda politik mereka. Kita pula hendaklah memperjuangkan keamanan. Alangkah baiknya jika KPI menteri dalam negeri dinilai berdasarkan kepada index keamanan atau indek jenayah. Kalau rankingnya turun kita tukar dengan menteri lain.
Sekian pendapat saya yang takut penyamun dan pencuri.
Post a Comment