Template by:
Free Blog Templates

19 February 2011

Sumbangan

Selain berusaha melaksanakan program kemudahan asas seperti jalan kampung, lampu jalan, menggantikan titi dan titi gantung lama, sumbangan kebajikan kepada penduduk miskin haruslah juga diutamakan.

Justeru, Saya sering meminta Ketua-Ketua Kampung mengumpul segala data mereka yang berkenaan terutama yang mempunyai keluarga yang ramai untuk dibantu.

Saya tidak nafikan pada masa sekarang harga getah dan kelapa sawit agak lumayan, tetapi mereka yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, sudah tentu memerlukan perhatian keatas kebajikan mereka.

Usaha juga dibuat bagi membantu memperbaiki rumah-rumah mereka yang sudah uzur dan dalam keadaan yang membahayakan.

Ibu-Ibu Tunggal juga harus diberikan perhatian kerana mereka juga menghadapi masalah tanggungan keluarga yang ramai.

Pergerakan Wanita Bahagian telah mengadakan siri program unttuk mendapatkan data mngenai mereka dan tindakan juga telah diambil bagi mendapatkan bantuan-bantuan yang sesuai.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan Yayasan Bina Upaya (YBU) dapat mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan tersebut hasil senarai yang dikemukan oleh pihak-pihak tertentu.

Saya mengucapkan Terima Kasih atas inisiatif YBU yang telah meluluskan pembinaanbeberpa buah rumah keluarga miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, termasuk yang dilancarkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir baru-baru ini.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Untuk mengumpul data kemiskinan supaya mencapai sasaranya ialah dengan banyak cara.

Pertama semasa penduduk yang hendak mengadakan solat Jumaat (atau ke pasar hari) perhatikan mereka yang datang dari agak jauh dari masjid (atau tapak pasar) dengan hanya berjalan kaki ke ke tempat tersebut.

Jika mereka hanya berjalan kaki bermakna mereka ini adalah dalam kumpulan miskin tegar.

Jika mereka ke masjid dengan menggunakan basikal bermakna mereka ini dalam kumpulan miskin sahaja.

Yang kedua jika mereka tidak berseluar dalam bermakna mereka adalah dalam kumpulan miskin tegar.

Tanyalah mereka jika mereka mahu bantuan seluar dalam. Kalau mereka tidak mahu mereka bukanlah dalam kumpulan miskin tegar.

Dua perkara tersebut ialah berdasarkan pengalama saya. Saya pernah menjadi miskin tegar hanya berjalan kaki ke kebun tempat bekerja, masjid dan tidak pernah berseluar dalam dan tak ada selipar.

Tapi kalau JKKK tanya saya pada masa sekarang saya tentu katakan saya adalah seorang miskin tegar walaupun mendapat lebih seribu debulan.

Sepatutnya turun padang dengan mata terbuka bukan dengan hanya menyoal mereka terutama sekali melalui JKKK. Kalau tanya hanya JKKK mereka hanya akan memperkenalkan saudara mara mereka kepada YMDS.

Sebab itu kalau YMDS buat kajian seorang pun saudara mara saya tidak pernah mendapat bantuan kerana kami tidak pernah jadi JKKK dan JKK politik atau pun tidak pernah bekerja di pejabat tanah.

Saya tahu ramai orang 'miskin' menjual tanah kurnia mereka sebab mereka sudah pun mempunyai tanah atau menjual semua tanah kepunyaan mereka dan memohon tanah bantuan yang baru.

Kalua mereka betul2 miskin (tiada mempunyai tanah) sudah tentu 413 penghuni FELCRA Sungai Malau membina rumah mereka di tanah yang dikurniakan kepada mereka. Adakah mereka yang dipilih betul2 miskin. Inilah yang kita takutkan menjadi isu pilihan raya yang akan datang.
Sekian untuk makluman YMDS.

Kalau 413 runah terdapat di FELCRA sungai malau sudah tentu ia akan menjadi perkampungan yang amat berjaya/moden seperti di bandar Seberang Perak dan akan mengalahkan kampung tersusun Kubu Gajah dll.

Harga kelapa sawit melambung tak bolehkan kita bina bandar kecil di FELCRA Sungai Malau. Lagi pun dekat sungai di sebelah belakang mungkin tauke Cina meningkatkan kemajuan mereka dengan membina jambatannya sendiri

Terima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Semua estet terutama Sime Darby dan Genting mempunyai jabatan CSRnya sendiri dan yang mempunyai banyak dana untuk kepentingan masyarakat..

Sime Darby baru2 ini sangat bangga kerana perihatin untuk membantu perkembangan sosial masyarakat.

Boleh tidak YMDS jumpa mereka untuk menyambung jalan estet melalui kampung (bantuan sosial) terus ke jalan besar.

Sebagai contoh Malaya Estet sudah pun membina jalan dalam estet mereka dari jalan Taiping-Selama Untuk menjayakan program CSR mereka, mereka bolehlah menyambung jalan tersebut dengan menaik taraf jalan ban tali air yang menyambung Malaya Estate dengan dekat sekolah Tebing Tinggi (jalan Selama-Bagan Serai.

Jumpalah manager Malaya Estet bawa mereka ke jabatan CSR di KL. Harga kelapa sawit sudah berlipat ganda apa salahnya menaik taraf jalan kampung yang menghubungkan Melaya Estet ke jalan Bagan-Serai Selama Nampaknya mereka hanya suka bantu majlis sukan dan seperti F1, badminton tapi tak suka bantu orang kampung yang miskin.

Begitu juga Genting dan Sime Darby boleh menghubung jalan Selama-Bagan Serai ke Kubu Gajah-Ijok untuk membangunkan Kubu Gajah.

Inilah yang saya maksudkan naik padang jumpa tauke Genting, Sime Darby dll untuk memanjangkan jalan estet ke jalan besar dalam program CSR mereka. Ini, mereka asyik bantu orang bandar (dan'kaya') sahaja. Harga kelapa sawit sudah $850.00 setan tapi buat jalan kebajikan masyarakat pun tak mahu. Kalau Formula One dan yang berkaitan semua corporate mahu bantu. Tapi kalau nak bina perhentian bas di luar estet pun mereka tak mahu.

Kita tak mahulah corporate jadi keparat.

Sekian