Template by:
Free Blog Templates

5 March 2011

UMNO












Ahli-Ahli UMNO diingatkan agar menggelakan daripada perbuatan tuduh-menuduh sesama sendiri kerana ia akan melemahkan Parti.

Parti lemah bukan kerana lawan mereka kuat, tetapi kerana kelamahan dalaman Parti itu sendiri dan akhirnya pihak lawan akan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Pergeseran sesama ahli akan hanya memberi keuntungan kepada lawan untuk mengucar-kacirkan lagi keadaan.

Saya berkata demikian ketika memberi taklimat Parti menjelang persidangan Agung Cawangan-Cawangan UMNO dalam Bahagian Larut hari ini.

Taklimat itu bermula pagi tadi di DUN Selama, kemudian tengahari di DUN Kubu Gajah dan berakhir pada sebelah di DUN Batu Kurau yang melibatkan Ketua-Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, Saya berharap kepimpinan Parti semua peringakt mulai sekarang mengutamakan tumpuan kepada memperkuatkan Jentera Parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Saya juga berharap agar ahli-ahli UMNO menjauhkan diri daripada sebarang fitnah yang boleh memecah belahkan Perpaduan.

Perbuatan menfitnah ini bukan sahaja dilarang oaleh Agama malah boleh menimbulkan permusuhan.

Jika ada sebarang masalah, eluklah diselesaikan dalam keadaan rumah tangga sendiri dan jangan sampai terdedah kepada orang luar.

Dalam taklimat tersebut diantara yang disentuh ialah mengenai bilangan perwakilan ke Mesyuarat Bahagian dan Perhimpuna Agung UMNO.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Orang muda suka memilih pemimpin berdasarkan sensasi, berita angin dan melihat peribadi pemimpin.

Manakala orang lama suka memilih pemimpin yang pandai bercakap, asalnya juga dari keturunan pemimpin dan yang boleh berlagak (ada potongan atau ada gaya atau ketokohan kata orang kampung).

Saya pernah aktif dalam politik.
Kita tahu kelemahan antara team A dan team B. Di peringkat kampung nampaknya nepotisma akan berlaku jika ahlinya tidak ramai yang datangnya dari kumpulan intelek.

Bila sampai waktu mesyuarat agong penyokong B ramai yang tidak hadir. Kumpulan A ialah kumpulan nepotisnma. Selepas pilihan raya ahli team B mula mengutuk Team A. Yang sebenarnya kedua2nya betul. Tiada siapa yang salah. Pengundi yang 'salah". Kenapa kita kutuk pemimpin. Inilah yang saya anggap dosa besar. Yang salah pengundi bukan yang diundi.

Kesimpulanya jika kita memilih salah pemimpin sudah tentu kutuk mengutuk akan menjadi2 terutamanya orang lama yang hanya menjadi Tok Pek Kong dan orang baru yang sangat aktif.

Pergeseran yang banyak ialah antara AJK tunggul kayu dan yang lama dengan ahli yang rajin/yang baru yang tidak terpilih kerana tidak ada kroni dan nepotis membantu mereka. Ahli yang rajin tidak terpilih kerana mereka tidak 'pandai' benrpolitik cara kaampungg.

Ada lebih bnaik pengurusi membentangkan latar belakang calon sebelum undian AJK dijalankan dalam mesyuarat agong di peringkat cawangan.

Saya nasihatkan jika kita memilih pemimpin tanya diri kita sendiri ADAKAH YANG KITA PILIH BOLEH JADI PERDANA MENTERI. Kalau kita agak tak boleh janganlah pilih beliau.

Kalau kita pegang dengan prinsip ini sudah tentu ada antara MP Perak akan menjadi PM di satu hari nanti.