Template by:
Free Blog Templates

19 March 2011

Konvensyen BN

Lebih 2,000 Orang Ahli Barisan Nasional (BN) Seluruh Perak berhimpun di Konvensyen yang berlangsung di Teluk Muruk,mulai pagi tadi.

Konvensyen sehari yang diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi BN Negeri berlangsung di Dewan Tan sri Ramly Ngah Talib.

Konvensyen itu bertujuan memperkukuhkan lagi kekuatan Parti menjelang Pilihanraya Umum
ke 13.

Dr Zambry menyampaikan Ucapan utama yang lebih tertumpu kepada soal mengutamakan Perpaduan dan mrmpertahankan Kerajaan BN di Perak.

Ahli BN harus bersatu kerana ia adalah senjatan utama kekuatan Parti dan Pembangkan akan mengeruhkan keadaan jika mereka berbalah sesama sendiri.

Seluruh perwakilan turut berikrar berdiri teguh di belakang Kepimpinan Parti yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak diperingkat Pusat dan Dr Zambry di peringkat Negeri.

Beberapa orang tokoh BN Negeri Perak seperti Presiden MCA, Datuk Seri Chua Sek laik, bekas Presiden Gerakan, Tun Lim Keng Yaik dan bekas Presiden MIC, Tan Sri Samy Vellu turut hadir menyampaikan ucapan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri ahmad Husni Hanazalah yang juga Timbalan Pengerui Badan Perhubungan UMNO Perak juga mempengerusikan konvensyen tersebut.

Hidup BN sebagai Parti yang memperjuangkan nasib bangsa, Agama dan Tanahair.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Pembangunan di luar bandar agak perlahan kecuali di kawasan pemimpinya dari mereka yang paling berpengaruh dan yang mempunyai KUASA.

Jesteru itu saya ingin mensyorkan kepada YMDS supaya UMNO dapat mengenalpasti calon wang mempunyai ketokohan untuk mendapatkan KUASA untuk menjadi wakil rakyat. Kalau pemimpin kita tiada kuasa mereka susahlah naik pangkat untuk menjadi menteri kewangan atau Menteri Besar.

Jika Kubu Gajah hendak membangun pilihlah calon yang mempunyai ketokohan supaya beliau dapat dilantik menjadi EXCO atau pun Menteri Besar.

Hantarkanlah nama2 calon barisan yang layak untuk menjadi EXCO atau MB . Jika wakil kita tidak menjadi EXCO atau MB sudah tentu Kawasan Kubu Gajah tidak akan membangun.

Lagi satu kriteria yang ditentukan oleh MB nampaknya tidak melihat kepada pengelaman lama seperti pengelaman YMDS.

Nampaknya beliau masih melihat wakil rakyat yang mempunyai kepakaran dan mendapat undian yang banyak untuk naik pangkat.

Oleh itu YMDS hendaklah menghantarkan nama2 mencalonkan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk PRU 13.

Kita mesti berpandangan jauh untuk mencalonkan seseorang, bukan setakat menjadi WR ADUN kawasan sahaja tetapi lebih dari itu.
Yang penting ialah jawatan dalam perancangan dan kewangan di peringkat negeri.

Sekian. Terima kasih