Template by:
Free Blog Templates

4 March 2011

Imam





Melawat Iman Mesjid Sungai Dendang, Abdul Aziz bin Mohd Yusof, 52 tahun yang jatuh sakit ketika hendak menjalankan tanggungjawabnya baru-baru ini.

Beliau kini uzur dan tinggal bersama isteri dan beberapa orang anak beliau yang masih kecil dan sedang bersekolah.

Saya bersimpati dengan keadaan beliau yang kini hilang mata pencarian, berharap akan mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau begitu terharu diatas lawatan Saya dan mengucapkan Terima Kasih yang tidak terhingga.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail bin Don dan Ketua Wanita UMNO Cawangan, Norzila binti Mat Nor.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Daripada maklumat YMDS berikan, beliau mempunyai beberapa anak. Saya harap mereka juga harus bertanggung jawab terhadap bapa mereka.

Kita berikan bantuan lebih kepada yang sudah tua dan yang tidak mempunyai anak untuk bergantung.

Di TV tiga saya lihat ramai yang dapat bantuan lebih muda dan lebih kuat daripada saya. Saya harap kita janganlah begitu.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat ketua pemuda Perak kita agak aktif juga.

Saya lebih suka ketua yang dapat mengumpulkan dan mendaftarkan banyak ahli UMN0 tapi tidak semata-mata merugikan masa untuk berretorik dan berhujah sana sini tanpa pembangunan atau kemajuan.

Saya masih lihat ramai anak ahli UMNO yang tidak mendaftar diri di SPR. Bapa mereka agak aktif tapi mereka tidak dapat menyuruh anak mereka mendaftar.

Boleh tidak kita buat satu perlembagaan di mana AJK hanya dipilih jika anak dan ahli keluarga mereka yang berumur 21 tahun ke atas telah mendaftarkan diri di SPR? Peraturan ini macam bodoh2.

Zaman dulu ramai cikgu jadi ketua cawangan. Ramai mereka hanya pandai berhujah tapi kurang membuat pembangunan.

Selepas itu kita pilih businessmen. Mereka bekerja dalam dua alam, berterusan dalam business dan politik. Akhir2nya pembangunan juga ketinggalan.

Orang muda mahu pembangunan dan pekerjaan. Sebab itu mereka suka PKR walaupun kucar kacir sedikit. Kalau perang peribadi tidak dijadikan isu saya rasa masih ramai orang muda sukakan PKR.

Orang tua pula ramai yang sukakan PAS kerana PAS memberi peluang kepada mereka yang tua juga menjadi wakil rakyat. Macam di negeri Cina yang tua yang ramai yang menjadi pemimpin kerana alasannya untuk mengelakkan skandal. Macam mana nak skandal kalau sudah tua. Tapi di tempat kita yang tua pun kahwin lagi satu kerana dalam banyak ekspo yang dihasilkan ialah produk tongkat Ali dan kacip fatimah. Di pasar hari masyarakat berlonggok di mana ada jual ubat untuk menggalakkan kita untuk menambah bini.

Adakah orang Melayu hanya pandai jual tongkat ali dan tambah bini Inilah yang saya hairankan. Saya harap wanita kita boleh menjawab soalan saya ini.

Sekian.

Anonymous said...

YMDS,

Sepatutnya jalan keretapi hendaklah dibina dari Pondok Tanjung terus ke Kubu Gajah, Serdang dan ke Butterworth untuk menelakkan kawasan paya Bukit Merah yang amat luas hingga ke Parit Buntar. Belanja membena jalan keretapi berlipat ganda kerana sepanjang jalan kita perlu membena jambatan yang putus2 yang banyak dari Bukit Merah ke Parit Buntar.

Manakala jalan lama di Bukit Merah menjadi resort eko pelancongan jalan keretapi tasik yang besar sekali di Asia mengalahkan yang terdapat di negeri Cina.

Kalau kerajaan hendak membina kolej Risda di Pondok Tanjung, dan Pondok Tanjung juga akan menjadi pusat ternakan kebangsaan sudah tentu perhentian keretapi Pondok Tanjung menjadi hub hasil ternakan kambing dan hasil produk hutan.

Hanya jika YMDS merealisasikan pembangunan di atas sudah tentu YMDS mempunyai alasan yang kuat untuk menghidupkan perhentian keretapi Pondok Tanjung.

Tapi kalau kolej RISDA tidak menjadi kenyataan susahlah sedikit perhentian tersebut hendak maju.

Kenapa tak buat kawasan hutan simpan antara jalan lama dengan lebuhraya yang akan dibina dijadikan hub pengeluaran perabut kerana Dato' Hamzah memang Menteri yang ada kaitan untuk menjana hasil hutan bagi tujuan diekspot. Pusat latihan untuk membuat perabut pun boleh dibina di sana. Akhir2nya nanti Pondok Tanjung akan jadi hub produk kambing dan pengeluaran hasil kayu-kayan hutan.

Saya sendiri dapat menjual rotan semambu di sana kalau ia menjadi hub pengeluaran hasil kayu kayan.

Sekian untuk makluman YMDS.