Ibubapa dan Penjaga harus memandang serious Kes Ponteng Sekolah kerana ia mendatangkan kesan yang tidak baik kepada masa depan Pelajar-Pelajar itu sendiri.
Justeru, Ibubapa dan Penajaga harus mengambil berat setiap aktiviti anak-anak mereka samada ketika berada di Sekolah mahupun selepas masa waktu Sekolah.
Mereka mengatakan ke Sekolah, tetapi mereka sebenarnya ponteng dengan tidak masuk kelas, tetapi berada di tempat lain.
Ibubapa dan Penjaga janganlah menyerahkan bulat-bulat segala tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pengurusan Sekolah semata-mata, tanpa mereka sendiri mengambil tahu hal anak mereka sendiri.
Saya berkata demikian ketika meresmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, petang tadi.
Sesebuk mana sekalipun mereka, tanggungjawab menjaga anak mereka harus dilakuian, kerana dari situ akan bermula rasa tanggungjawab keatas diri pelajar itu sendiri untuk bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
Displin pelajar lentor adalah berpunca daripada sikap Ibubapa yang tidak mengambi berat mengenai anak-anak mereka.
Kejayaan Pelajar bermula dari rumah dan di Sekolah mereka hanya dibantu untuk diberikan tunjuk ajar dan rujukan sementara Ibubapa adalah tulang belakang yang memainkan peranan penting.
Turut hadir ialah Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, Ahmad bin Mat dali dan Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail Don. Guru Besar diwakii oleh Penolong Kanan Sekolah.