



UMNO Bahagian Larut sentiasa menyambut baik usaha perpaduan di kalangan orang melayu jikapun membabitkan PAS.
Ini adalah kerana perpaduan Orang Melayu itu lebih penting dari segala-galanya dan tidak ada maknanya jika politik itu kuat, tetapi orang melayu hancur dan tidak bersatu.
Saya berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan jentera Pilihanraya UMNO peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.
Juseru PAS harus lihat pentingnnya perpaduan ummah dan ia tidak harus dipertikaikan kerana perjuangan Islam itu sendiri melektakan soal ini sebagai keutamaan.
Perjuangan dan Politik Orang Melayu tidak akan kemana-mana jika mereka sendiri berpecah dan tidak bersatu padu.
Seperti kata perpatah menyesal dahulu pendapatan, tetapi tidak ada gunannya jika nasi sudah menjadi bubur.
Saya juga menyeru ahli-ahli UMNO semua peringkat di bahagian Larut untuk bersedia menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) pada bila-bila masa.