Template by:
Free Blog Templates

13 July 2009

Alfatihah Kepada Mat Asin Yang Pulang Kerahmatullah

Kubu Gajah, Isnin 13 Julai, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut, Mat Asin bin Ibrahim telah puamg ke rahmatullah di rumahnya di Kampung Changkat Lobak, Batu Kaurau, pagii tadi.

Mat Asin, 56 tahun meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak yang mash kecil. Beliau yang juga Ketua UMNO Ccawangan Changkat Lobak adalah seorang Kontraktor yang disegani dan pemurah serta banyak memberi sumbangan aktiviti masyarakat.

Semasa hayatnya, Mat Asin bukan aktif dalam politik, tetapi juga kegiatani sukarela seperti belia. Beliau pernah memimpin gerakan belia 4B Batu Kurau.

Saya menziarahi jenazah allahyarham di kediamannya pagi ini sebaik dimaklumkan. Jenazahnya kemudian di kebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 14, Batu Kurau. Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Bekas Ketua UMNO Bahagian Larut dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selama, Haji Md Kasssim Mahmud.

Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham dengan doa semoaga rohnya sentaisa di letakan di sisi-sisi orang-orang yang solleh.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kini sedang berkempen di Manek Urai dimaklumkan pemergian Allahyarham Mat Asin telah menyampaikan ucapan takziah beliau dan keluarga kepada.

2 comments:

taipingmali said...

Takziah untuk keluarga allahyarham Mat Asin. Saya baru tahu bila membaca blog ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

TAJUDIN MOHD ZAIN said...

Alfatihah. Saya mengucapkan takziah kpd keluarga Mat Asin. Semoga rohnya dicucuti rahmat.