Kubu Gajah, Isnin 20 Julai 2009, Banyak bangunan Kuarters Kerajaan yang tinggal bazir tanpa diguna atau diduduki, akibatnya kini rosak dan merugikan wang ringgit Kerajaan.
Justeru kenapa ianya tidak dibenarkan saja digunakan oleh pihak-pihak seperti NGO yang aktif dengan kegiatan mereka, tetapi tidak mempunyai tempat untuk pusat aktiviti mereka.
Saya telah berkali-kali mengajukan pandangan kepada pihak-pihak berkenaan, malah dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama mengenai hal tersebut.
Apa salahnya banguna itu digunakan oleh orang lain yang dirasakan layak daripada tinggal membazir dan Jabatan atau Agensi berkenaan kena sedia kos untuk menjaganya, sedangkan tiada siapa yang tinggal di situ.
Peliknya, ada pemilik banguna tersebut sanggup mengeluarkan belanja mendirikan pagar, sedangkan bangunan milik telah berkeadaan reput. Saya rasa tapak bangunan ini jika dijadikan tapak pasar hari lagi mendatangkan faedah.
Setiap Hari Jumaat ada pasar hari di Pekan Kubu Gajah, tetapi tapak sekarang tidak sesuai dan menjejaskan para penjaja dan peniaga kecil.
Pihak Polis pernah memberitahu bahawa tiada bangunan sementara yang boleh dijadikan Balai Polis di Pekan Kubu Gajah masa ini, sedangkan ada kuaters Kerajaan yang tinggal kosong tanpa penghuni.
Barangkali sudah tiba masanya, Kerajaan mengeluarkan satu arahan atau akta baru kepada semua pemilik quarters kerajaan ini termasuk tanah-tanah milik mereka yang tidak menggunakannya agar diserahkan kepada merek yang berminat untuk menggunakannya buat sementara sehingga, pemilk asal mahu membangunkannya semula.

0 comments:
Post a Comment